Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
143) KRISIS AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah Kerajaan Selangor / Air Selangor Sdn Bhd tidak membenarkan polis atau Jabatan Penguatkuasa PBT untuk menolong supaya lori-lori air tidak dihalang (hijacked) dan dapat sampai ke kawasan perumahan sepertimana yang dijadualkan?
Dalam pelaksanaan pemulihan bekalan air secara berjadual, iaitu 2 hari ada bekalan air dan 2 hari tiada bekalan air, lori-lori tangki dihantar ke kawasan-kawasan yang berada di tanah tinggi dan di hujung sistem agihan bekalan air yang tiada air bagi tempoh yang lama.
Di samping itu, pengguna juga boleh berhubung dengan SYABAS untuk meminta bekalan air bantuan melalui telefon atau SMS 15300 dan aplikasi telefon pintar “mySYABAS”.
-
Sila kemukakan pelan perancangan dan pelan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani krisis air.
Untuk makluman Yang Berhormat, gangguan bekalan air yang melibatkan DUN Teratai pada tahun ini adalah disebabkan penutupan sementara loji rawatan air (LRA) Sg. Langat pada 7 Oktober 2016 akibat pencemaran bau di lembangan Sungai Semantan, Pahang.
Air Selangor telah mengaktifkan “Pelan Tindakan Kecemasan” (PTK) dan menggerakkan lori tangki air dan tangki statik serta melaksanakan pelan pemulihan secara berjadual ke kawasan yang terjejas terutamanya di DUN Teratai. PTK hanya ditutup pada 14 Oktober 2016 setelah bekalan air pulih sepenuhnya.
Terdapat beberapa pelan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang telah ambil seperti :-
- Menaiktarafkan LRA Sg Langat yang telah lama beroperasi secara maksimum, melebihi kapasiti reka bentuk sebanyak 20%. Pengeluaran air semasa adalah 450 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding reka bentuk asal sebanyak 386 JLH. Kerja-kerja menaiktarafkan loji sedang giat dijalankan sejak Oktober 2015 dan dijangka siap pada Mac 2017.
- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Pahang untuk menyiasat punca pencemaran bau di Sg. Semantan dan memantau lembangan sungai tersebut supaya kejadian pencemaran tidak berulang.