Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
138) ISU KEGANASAN DOMESTIK
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah keganasan domestik yang dilaporkan pada tahun 2016.
Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kes-kes keganasan domestik yang sering menimpa terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan tidak pernah berkompromi dengan isu keganasan domestik yang berlaku di Selangor. Berikut adalah jumlah keganasan domestik yang dilaporkan berlaku pada tahun 2016 (Januari -September) di Selangor:-
Bil Daerah Kes 1. Petaling Jaya 54 2. Subang Jaya 42 3. Kelang Selatan 95 4. Klang Utara 41 5. Shah Alam 15 6. Kajang 52 7. Ampang Jaya 47 8. Gombak 101 9. Kuala Selangor 16 10. Kuala Langat 55 11. Hulu Selangor 39 12. Sabak Bernam 23 13. Sepang 90 14. Serdang 39 15. Sungai Buloh 28 Jumlah 743 sumber : Polis DiRaja Malaysia (PDRM) IPK Selangor
Manakala, menurut laporan yang diterima melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), seramai 258 kes telah dilaporkan melalui One Stop Crisis Centre (OSCC) bagi tahun 2016 setakat Jun 2016 mengikut pecahan seperti berikut:
Bil Kategori Jumlah Kes 1. Dewasa 191 2. Kanak-Kanak 67 Jumlah 258 -
Apakah Kerajaan Negeri menyediakan khidmat kaunseling dan guaman untuk mangsa keganasan domestik tersebut?
Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan mangsa-mangsa keganasan domestik. Kebajikan mereka tidak pernah terabai. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri turut menyediakan khidmat kaunseling yang dikenali sebagai Talian Sahabat di bawah kendalian Unit Kaunseling Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.