Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
135) GRED PREMIS BERSIH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah premis yang telah digredkan pada tahun 2016 mengikut peringkat gred.
Jumlah premis mengikut gred A ialah sebanyak 3558 premis, gred B ialah sebanyak 3842 premis, gred C ialah sebanyak 1308 dan gred D ialah sebanyak 147 premis. Jumlah secara terperinci mengikut PBT di Selangor adalah seperti Jadual 1:
Jadual 1 : Jumlah premis mengikut gred di PBT Selangor
PBT JUMLAH PREMIS MENGIKUT GRED A B C D MBSA 388 233 42 14 MBPJ 294 499 24 0 MPK 160 136 206 0 MPAJ 163 452 169 5 MPSJ 1249 641 288 67 MPS 162 537 264 0 MPKJ 76 162 109 31 MPSP 653 615 71 24 MDKL 17 222 26 0 MDKS 52 89 28 6 MDHS 314 174 79 0 MDSB 30 82 2 0 JUMLAH 3558 3842 1308 147 Nota : Sumber dari PBT
-
Nyatakan kekerapan pemeriksaan ke atas premis tersebut
Kekerapan pemeriksaan ke atas premis adalah dilaksanakan mengikut Gred Kebersihan. Jadual kekerapan adalah seperti di Jadual 2 :
Jadual kekerapan pemeriksaan premis mengikut gred
GRED KEKERAPAN PEMERIKSAAN Gred A Pemeriksaan ulangan dijalankan selepas dua (2) tahun ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan. Gred B Pemeriksaan ulangan akan dijalankan selepas satu (1) tahun ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan. Gred C Pemeriksaan ulangan akan dijalankan selepas enam (6)bulan ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan. Gred D i. Pemeriksaan semula akan dijalankan dalam tempoh 14 hari. ii. Sekiranya penilaian semula berada pada tahap 50% dan ke bawah semasa pemeriksaan tersebut, TINDAKAN PENUTUPAN akan dijalankan oleh PBT yang mempunyai kuasa atau dirujuk kepada KKM bagi tujuan tersebut.
Nota : Sumber dari PBT