Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
129) GELANGGANG SUKAN DAN REKREASI UNTUK OKU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan gelanggang sukan dan kemudahan rekreasi khas untuk OKU di Selangor?
Kerajaan Negeri mengamalkan konsep gunapakai bersama kerana kebanyakan sukan OKU tidak memerlukan sebuah venue yang berlainan dari aspek spesifikasi teknikal. Contohnya seperti gelanggang tenis, lapangan memanah, balapan olahraga dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, ianya hanya perlu diselaraskan penggunaannya.
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk menyediakan kemudahan kepada OKU pada tahun 2016.
Memandangkan ianya menggunapakai bersama dengan kemudahan yang sedia ada, tiada peruntukan yang disediakan untuk tahun 2016 ini.