Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
123) TAPAK MENARA TELEKOMUNIKASI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan lokasi bagi semua tapak menara telekomunikasi oleh syarikat Stealth Solution Sdn. Bhd. di kawasan MPSJ.
Senarai tapak menara telekomunikasi Stealth Solutions Sdn. Bhd. di kawasan MPSJ adalah seperti berikut :
KINRARA
1.
Jalan Tpp 5/8, Taman Perindustrian Puchong, Puchong, Mukim Petaling,Daerah Petaling,Selangor Darul Ehsan.
2.
Jalan Kinrara 2, Bandar Kinrara, Mukim Petaling,Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan.
3.
Jalan Bk 3/2, Bandar Kinrara,Puchong, Mukim Petaling, Daerah Petaling,Selangor Darul Ehsan.
PUCHONG
1.
Persiaran Puteri, Puchong, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan.
PUTRA PERMAI
1.
Jalan Lp 7/5, Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai
2.
Persiaran Lestari Perdana, Bandar Putra Permai
3.
Persiaran Puncak Jalil, Bandar Putra Permai
SUBANG JAYA
1. Persiaran Subang Damai, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 2. Persiaran Setia, USJ 12, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 3. Jalan USJ 13/2, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 4. Jalan Usaha, USJ 17, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 5. USJ 20/7, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 6. Jalan SS 18/6, SS 18, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 7. Persiaran Subang Damai, USJ 21, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 8. Persiaran Setia, USJ 3a, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 9. Jalan Putra Permai, Putra Heights, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 10. Persiaran Harmoni, USJ 27, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 11. Persiaran Putra Megah, Putra Heights, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. -
Senaraikan secara terperinci kronologi pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) kepada syarikat tersebut.
Rujuk kronologi di Lampiran A
LAMPIRAN A
KRONOLOGI
PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS) DI ATAS TANAH KERAJAAN DI BAWAH SEKSYEN 65 KANUN TANAH NEGARA UNTUK TUJUAN PENDIRIAN MENARA ESTETIK DWI FUNGSI (MENARA TELEKOMUNIKASI) DAN
LAMPU LIMPAH OLEH STEALTH SOLUTIONS SDN. BHD.
TARIKH CATATAN 27 Mei 2014 Menerima permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) sebanyak 18 tapak secara rasmi dari Stealth Solution Sdn. Bhd. 22 Disember 2014 PTDP mengeluarkan surat untuk mendapatkan ulasan dari jabatan-jabatan teknikal berkaitan. 12 Januari 2015 Menerima ulasan teknikal daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa -Tiada halangan tertakluk kepada syarat-syarat
13 Januari 2015 Menerima ulasan teknikal daripada Jabatan Kerja Raya -Tiada halangan dengan syarat hendaklah patuh kepada syarat PBT.
28 Feb 2015 Menerima ulasan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya – Perlu dapatkan TOL dan kemukakan Kebenaran Merancang serta mematuhi syarat-syarat lain.
30 April 2015 Terima ulasan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimeda Malaysia – Tiada Halangan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat
13 Januari 2016 MMKN 2/2016 yang telah diadakan pada 13 Januari 2016 telah menimbang dan meluluskan permohonan LPS di bawah Seksyen 65 KTN bagi keseluruhan 18 tapak bagi tujuan mendirikan Menara Estetik Dwifungsi (Menara Telekomunikasi) dan lampu limpah kepada Tetuan Stealth Solution 6 April 2016 Surat kelulusan LPS dikeluarkan setelah mendapat nilaian sewaan oleh JPPH dengan nilaian RM 960 setahun untuk 1 tapak dan sekali ganda wang cagaran 6 Mei 2016 Pihak Stealth Sulotions Sdn. Bhd. membuat bayaran keseluruhan berjumlah RM17,280.00 bagi bayaran LPS dan RM34,560.00 bagi wang cagaran untuk 18 tapak. -
Nyatakan tempoh LPS terhadap syarikat tersebut serta jumlah bayaran yang dibayar oleh syarikat tersebut kepada Kerajaan Negeri dan MPSJ.
Tempoh Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan menara telekomunikasi oleh Stealth Solutions Sdn. Bhd. yang telah diluluskan adalah 1+3 tahun pembaharuan bermula pada tahun 2016 hingga dan berakhir pada 31 Disember 2019. Jumlah bayaran LPS yang dikenakan adalah berdasarkan nilaian sewaan oleh JPPH berjumlah RM960.00 manakala jumlah wang cagaran adalah RM1,920.00 untuk satu tapak.
Pihak Stealth Solutions Sdn. Bhd. telah membuat bayaran LPS dan wang cagaran untuk kesemua 18 tapak dengan jumlah bayaran keseluruhan LPS adalah sebanyak RM17,280.00 manakala jumlah wang cagaran adalah sebanyak RM34,560.00.