Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
118) JABATAN KERJA RAYA SELANGOR (JKR)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah jalan utama Kampung Sungai Tengar yang sempit tidak dibesarkan?
Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Negeri B46. Projek tersebut dimasukkan di bawah RMKe-11 namun peruntukan yang di luluskan hanya mencukupi untuk kerja-kerja awalan sahaja. (contoh: kerja ukur)
-
Berapa banyakkah kemalangan yang dilaporkan di jalan utama tersebut?
Berdasarkan kepada data kemalangan bagi tahun 2016 bermula bulan Januari, terdapat 1 kemalangan yang dilaporkan iaitu pada bulan September.
-
Bilakah jalan ini akan diperbesarkan atau dilebarkan?
Projek menaiktaraf jalan ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2018.