Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

99) SKIM MIKROKREDIT WANITA LADANG (WALA)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini WALA?

    Program Wanita Ladang (WALA) telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Program Hijrah Selangor. Peserta WALA hanya menerima elaun kerja dan bukan berbentuk pinjaman. Oleh kerana itu, program WALA tidak dapat diukur kejayaan dan keberkesanannya.

  2. Apakah peranan WALA untuk meningkatkan kualiti hidup wanita ladang di Selangor?

    Program Hijrah Selangor menawarkan dua kaedah kepada peserta WALA bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Kaedah berikut adalah :

    1. Bagi peserta yang telah menjalankan peniaga pinjaman tambahan modal ditawarkan kepada mereka.
    2. Bagi peserta yang ingin memohon tetapi masih belum menjalankan perniagaan Hijrah Selangor akan menawarkan Skim Perkembangan iaitu Skim Mentor dan Menti. Mereka akan diberikan latihan oleh mentor-mentor mengikut jenis peniagaan yang ingin diceburi. Justeru itu pinjaman akan ditawarkan setelah tamat latihan dan mempunyai tempat berniaga. Perniagaan mereka akan dipantau oleh mentor dan Hijrah Selangor selama 6 bulan.

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.