Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
92) HUTANG KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci jumlah hutang yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
Setakat ini Kerajaan Negeri mempunyai tiga (3) jenis pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membiayai projek-projek seperti berikut:
- Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR);
- Projek Bekalan Air; dan
- Projek Pelbagai.
Secara keseluruhannya, butiran jumlah pinjaman berkenaan adalah seperti jadual berikut:
Bil. Perihal Pinjaman Jumlah Pinjaman (RM) 1. Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) 4,261,175.62 2. Projek Bekalan Air: (i) Projek Mitigasi I, II dan III [akan ditanggung oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)]
330,346,659.00 (ii) Penjadualan Semula Pinjaman Projek Bekalan Air Negeri Selangor [akan ditanggung oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)]
694,757,197.45 3. Projek Pelbagai: (i) Membiayai Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungei Way, Petaling Jaya Selangor 28,471,963.10 (ii) Skim Amanah Saham Selangor 12,747,640.88 Jumlah Keseluruhan 1,070,584,636.05 Perincian ke atas status jumlah hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah seperti di LAMPIRAN A.
-
Nyatakan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Kerajaan Negeri amat komited dan tidak pernah gagal dalam menyelesaikan hutang-hutang yang ditanggung melalui beberapa pinjaman yang telah dilakukan. Justeru itu, tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan hutang-hutang berkenaan adalah seperti berikut:
- pembayaran balik pinjaman akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan; dan
- Banggungan pembayaran balik pinjaman berkenaan telah diperuntukkan melalui belanjawan tahunan Kerajaan Negeri berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.
Berdasarkan rekod status pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan seperti pada 30 September 2016, tiada sebarang faedah tertunggak dan faedah lewat (default interest) yang telah dicatatkan. Seterusnya, sehingga kini Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pembayaran balik sebanyak RM214,296,156.58 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah RM1,284,880,792.63.