Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
90) DIVIDEN ANAK-ANAK SYARIKAT MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) DAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan keuntungan/kerugian tahunan semua anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk tahun 2015.
Senarai keuntungan / (kerugian) tahunan semua anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi tahun berakhir 31 Disember 2015
Bil Nama Syarikat Keuntungan / (Kerugian) bagi tahun berakhir 31 Disember 2015
RM’000
1 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 193,393 2 Kumpulan Darul Ehsan Berhad (6,229) 3 Permodalan Negeri Selangor Berhad (2,254) 4 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 15,597 5 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 490 6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (18,938) 7 Inpen ( Selangor ) Sdn Bhd 591 8 Tourism Selangor Sdn Bhd (329) 9 Communication Corporation Sdn Bhd (723) 10 Invest Selangor Berhad 2,135 11 Rantaian Mesra Sdn Bhd (20) 12 Yayasan Warisan Anak Selangor (16) 13 Bukit Beruntung Golf and Country Resort (548) 14 Yayasan Hijrah Selangor (3,796) 15 SRM Setia Sdn Bhd Ditubuhkan pada tahun 2016 -
Berapakah dividen yang telah dibayar oleh anak-anak syarikat ini kepada Kerajaan Negeri?
Untuk makluman, dividen yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri bukan sahaja berbentuk kewangan tetapi juga menerusi penyaluran dana bagi melaksanakan program-program kebajikan rakyat termasuk inisiatif Kerajaan Negeri seperti Skim Hijrah, Skim Pemberian Air Percuma, YAWAS, UNISEL dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Dividen kewangan yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2015 pula adalah seperti berikut :-
Bil. Nama Syarikat Dividen dibayar RM’000
1. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 55 2. Kumpulan Semesta Sdn Bhd 3,300 PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
- a) Jumlah Keuntungan Sebelum Cukai PKNS bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM148,197,000.00. Manakala jumlah Keuntungan/Kerugian Sebelum Cukai bagi anak-anak syarikat PKNS bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:
Bil. Anak Syarikat PKNS Jumlah Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai Tahun 2015 (RM)
1. PKNS Engineering & Construction Bhd (PECB) 1,545,000.00 2. De Palma Management Services Sdn Bhd 723,979.00 3. Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) 7,377,000.00 4. SACC Convention Centre (1,413,063.00) 5. Selgate Corporation Sdn Bhd 107,407,870.00 6. Akademi PKNS Sdn Bhd 186,727.00 7. DatumCorp International (7,146,963.00) 8. PKNS Real Estate (PREC) 3,613,353.00 9. PKNS Infra Berhad (PIB) 91,447.00 10. Selaman Sdn Bhd 2,941,447.00 11. Kelana Property Development Sdn Bhd 43,248.00 b) Tiada dividen yang dibayar kepada Kerajaan Negeri, sebaliknya PKNS menyumbang 2% daripada keuntungan bersih Kumpulan kepada Tabung Warisan Negeri Selangor. Jumlah sumbangan tersebut dibayar secara tunai di atas nama Tabung Warisan Negeri Selangor dan jumlah yang telah disumbangkan oleh Kumpulan PKNS pada tahun 2015 adalah sebanyak RM13,773,680.00.