Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

76) PENDOKUMENTASIAN RIWAYAT HIDUP ULAMA RAKYAT YANG BERKHIDMAT DENGAN SULTAN DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mendokumentasikan riwayat hidup ulama yang berkhidmat sebagai penasihat Raja-Raja dan kerabat Sultan di Selangor?

    PADAT tiada perancangan bagi perkara tersebut.

  2. Senaraikan bahan-bahan dalam bentuk catatan sahih aktiviti ulama di dalam istana.

    PADAT tidak mempunyai bahan-bahan dalam bentuk catatan sahih aktiviti ulama di dalam istana.

  3. Senaraikan ulama dan guru-guru yang mengajar Al-Quran dan kitab-kitab kuning di Selangor.

    Senarai ulama dan guru-guru yang mengajar al-Quran dan kitab-kitab kuning boleh dilihat melalui laman web JAIS di www.jais.gov.my yang berjumlah 2071. Di antara ulama dan guru-guru yang mengajar al-Quran dan kitab-kitab kuning ialah:

    • Saibudin bin Ahmad
    • Mohd Nor bin Yusoff
    • Haji Abd Rahim bin Ellah
    • Muhammad bin Deraman
    • Tolos bin Ab. Halim
    • Wahab @ Abdul Wahab bin Ayob
    • Yusoff bin Mohamed
    • Yahya bin Mohd Razi
    • Zaini binti Harun
    • Jamaludin bin Hj. Ahmad

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.