Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

71) KELENGKAPAN VELODROM BAGI SUKAN LUMBA BASIKAL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan ada rancangan untuk membina sebuah velodrom bagi sukan lumba basikal di Selangor?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sedang menilai dan merancang untuk dipertimbangkan bagi membina sebuah veledrom bagi sukan lumba basikal di Selangor kerana keperluan penyediaan veledrom ini sangat diperlukan oleh atlet-atlet negeri ini memandangkan Negeri Selangor telah berjaya menggilap atlet dalam acara ini ke peringkat antarabangsa.

  2. Senaraikan pelumba-pelumba basikal dari Selangor yang berjaya memenangi pingat emas, perak ataupun gangsa di peringkat antarabangsa.

    Antara senarai pelumba-pelumba basikal dari Selangor yang berjaya memenangi pingat emas, perak atau gangsa di peringkat antarabangsa adalah seperti berikut:-

    Bil Nama Tahun Penyertaan
    1.   Shaharuddin Jaafar 1960 – 1970 Sukan Sea
    2.   Yahya Ahmad 1970 – 1980 Sukan Sea
    3.   Ng Joo Gan 1970 – 1980 Sukan Sea
    4.   Mohd Mahazir Hamad 1980 – 1990 Sukan Sea
    5.   Shahrulneeza Razali 1990 – 2000 Sukan Sea
    6.   Rizal Tisin 2002 – 2014 Sukan Sea
    7.   Mohd Firdaus Zonis 2012 – 2014 Asian Cycling Championship
    8.   Mohd Fadil Zonis 2014 – 2016 Asian Cycling Championship
    9.   Mohd Sharis Effendi 2014 – 2016 Asian Cycling Championship
    10.   Farina Shawati Mohd Adnan 2014 – 2016 Asian Cycling Championship
    11.   Muhammad Rauf Nur Misbah 2012 – 2016 Sukan Paralimpik

    Senarai-senarai nama seperti di atas telah memenangi pingat di kejohanan-kejohanan antarabangsa sebagai karier sebagai atlet Selangor yang mewakili negara.

  3. Bagaimanakah kelengkapan velodrom dapat melonjakkan prestasi pelumba basikal di Selangor?

    Sukan lumba basikal khasnya bagi acara di veledrom ini merupakan acara yang digemari di kalangan rakyat dan peminat lumba basikal. Untuk makluman, sehingga kini kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melahirkan seramai 5 orang atlet di bawah pemantauan program Majlis Sukan Negara dan atlet-atlet ini menjalani latihan secara sepenuh masa di Australia. Ini berikutan ketiadaan veledrom yang bersesuaian untuk atlet-atlet ini menjalani latihan secara profesional dan seterusnya melahirkan atlet negeri bertaraf dunia.

    Dengan adanya kemudahan veledrom ini, program pembangunan sukan basikal dapat dirancakkan lagi dan ramai atlet-atlet berpotensi dapat digilap ke peringkat tertinggi. Selain daripada itu juga, program yang akan dijalankan lebih tersusun dan teratur kerana adanya kelengkapan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.