Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

69) MUZIUM DIRAJA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mewujudkan Muzium DiRaja Selangor?

    Pada masa kini, Negeri Selangor telah pun mempunyai sebuah galeri iaitu Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di bawah pengurusan Istana Selangor yang mempamerkan mengenai sejarah dan warisan Kesultanan Selangor.

  2. Apakah aspek pegangan agama, warisan dan adat, kepimpinan, pemerintahan yang akan menjadi tunjang muzium tersebut?

    Perkara tersebut hanya dapat ditentukan sekiranya terdapat perancangan ke arah pembinaan muzium tersebut.

  3. Berapakah peruntukan kewangan yang disediakan untuk projek tersebut?

    PADAT tiada menyediakan sebarang peruntukan kewangan untuk projek ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.