Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

63) PINJAMAN RM432 JUTA OLEH KDEB

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pinjaman tersebut?

    Secara keseluruhannya, pinjaman Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) daripada Kerajaan Negeri bagi tujuan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) adalah berjumlah RM413.20 juta.

    Setakat 30 September 2016, Kerajaan Negeri telah menerima bayaran balik pinjaman berkenaan berjumlah RM5.0 juta, manakala baki bayaran balik pinjaman yang masih belum diterima adalah berjumlah RM424,728,000.00 seperti jadual berikut:

    Jumlah Pinjaman Pokok (RM) Jumlah Faedah (RM) Jumlah Bayaran Balik Diterima (RM) Baki Keseluruhan Pinjaman

    (RM)

    413,200,000.00 16,528,000.00 5,000,000.00 424,728,000.00

     

  2. Sila perjelaskan bilakah jumlah keseluruhan pinjaman tersebut akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri seperti apa yang dijanjikan?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Mesyuarat MMKN) Ke-13/2016 yang diadakan pada 13 April 2016 dan telah disahkan oleh Mesyuarat MMKN Ke-14/2016 pada 20 April 2016 telah menimbang dan meluluskan cadangan kaedah penyelesaian pinjaman Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) berjumlah RM413.20 juta antaranya seperti berikut:

    • Bersetuju dengan kelulusan bagi menyerahkan kuasa pengurusan aset KHSB melalui Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) daripada KHSB kepada MBI bagi mengurus semua aset KHSB. Ini bertujuan bagi membolehkan pembayaran balik hutang kepada Kerajaan Negeri dapat berjalan lancar;
    • Mencadangkan agar PKNS mengadakan perbincangan dan urus niaga secara terus dengan KDEB selaku pemilik penuh KHSB berhubung cadangan PKNS untuk mengambil alih keseluruhan saham milik KHSB dalam Central Spektrum Sdn. Bhd. (CSSB) menggunakan kaedah Realized Net Asset Value (NAV) kerana kaedah penilaian tersebut mengambil kira nilaian aset dan liabiliti; dan
    • Mencadangkan agar KHSB memuktamadkan secara telus keputusan tender yang telah dibuat untuk melupuskan tanah seluas 9.66 ekar tanah di Seksyen 14, Petaling Jaya.

    Seterusnya, PKNS melalui surat bertarikh 31 Mei 2016 telah mengemukakan permohonan lanjutan tempoh masa ke atas tawaran penjualan bersyarat KHSB kepada PKNS untuk mengambilalih 76.67% saham ekuiti milik KHSB di dalam CSSB menggunakan kaedah Realized Net Asset Value (NAV), berikutan keputusan muktamad ke atas tawaran tersebut adalah tertakluk kepada faktor-faktor berikut:

     

    • laporan penilaian ke atas kesemua aset-aset hartanah milik CSSB yang sedang dimuktamadkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Cawangan Klang;
    • laporan lengkap kerja-kerja penilaian dan due diligence exercise ke atas cadangan pengambilalihan tersebut;
    • kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan PKNS dan Mesyuarat Ahli-ahli Perbadanan PKNS ke atas cadangan pengambilalihan tersebut; dan
    • kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk cadangan pengambilalihan ini.

     

  3. Sila huraikan sehingga kini berapakah jumlah faedah yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri ?

    Sehingga 30 September 2016, jumlah faedah yang belum dibayar oleh KDEB kepada Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM16,528,000.00 berdasarkan perincian seperti jadual berikut:

    Jumlah Pinjaman Pokok (RM) Jumlah Faedah (RM) Jumlah Bayaran Balik Diterima (RM) Baki Keseluruhan Pinjaman

    (RM)

    413,200,000.00 16,528,000.00 5,000,000.00 424,728,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.