Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
62) RUMAH BANTUAN KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah peserta rumah bantuan Kerajaan Prihatin sejak 3 tahun yang lepas mengikut pecahan daerah.
Permohonan Bantuan Rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Senarai permohonan yang telah menerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2014 sehingga kini mengikut pecahan daerah adalah seperti di JADUAL 1.
JADUAL 1
JUMLAH PENERIMA BANTUAN PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2014 – 2016
TAHUN
DAERAH
2014 2015 2016 JUMLAH MENGIKUT DAERAH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH KLANG 1 1 9 5 16 PETALING – – 4 3 7 KUALA LANGAT 1 – 9 11 3 21 HULU LANGAT 7 3 3 4 1 4 22 SABAK BERNAM 13 39 – – 5 57 KUALA SELANGOR 12 22 – 8 3 45 GOMBAK 2 7 5 5 2 21 HULU SELANGOR – – 3 7 1 9 20 SEPANG 12 10 – – 8 30 JUMLAH KESELURUHAN 48 82 33 43 2 34 242 PETUNJUK JUMLAH BB – Bina Baru 83 BP – Baikpulih 159 Jumlah keseluruhan 242 -
Sila kemukakan secara terperinci jumlah dana dan senarai penaja utama
Peruntukan Pembangunan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin telah ditetapkan sebanyak RM1 juta bagi tempoh setahun. Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai kos bina baru dan baik pulih rumah yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Pemilihan Bantuan Rumah Program Kerajaan Prihatin. Selain daripada itu, peruntukan ini juga digunakan untuk melaksanakan apa jua program di bawah Jawatankuasa seperti Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Kerajaan Prihatin, pembelian barangan program dan melaksanakan program-program turun padang YB EXCO ke daerah-daerah di Negeri Selangor.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin juga menerima sumbangan secara ‘one off’ dari Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang disalur terus ke dalam akaun Amanah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang juga merupakan akaun tumpangan di bawah program ini. Antara Anak syarikat Kerajaan Negeri yang memberi sumbangan kepada Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut :
BIL ANAK SYARIKAT JUMLAH SUMBANGAN (RM)
1 Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 1,000,000.00 2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 100,000.00 3 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 2,000,000.00 4 Lembaga Zakat Selangor (LZS) 1,000,000.00 5 Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. 1,000,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 5,100,000.00 -
Apakah perancangan yang holistik bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri?
Secara umumnya, Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin di atas keperluan dan kepentingan rakyat di Negeri ini dalam memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif untuk membantu rakyat di Negeri Selangor untuk memiliki rumah sendiri mengikut kelayakan yang dimiliki.
Sejajar dengan Dasar Perumahan Negeri Selangor iaitu untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perumahan mampu milik di bawah Program Rumah Selangorku di bawah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). Projek perumahan ini bertujuan untuk memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Dengan itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya. Program perumahan ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar yang dipengerusikan oleh Y.B Dato Iskandar Bin Abdul Samad.
Di bawah program ini, pemohon khususnya rakyat Negeri Selangor berpeluang untuk memiliki perumahan sendiri dengan harga serendah RM42,000.00 sehingga RM250,000.00 bagi sebuah rumah mengikut kelayakan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara online dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sepertimana yang dipaparkan di laman web LPHS. Walau bagaimanapun, pihak LPHS akan membuat saringan kepada permohonan yang layak untuk menentukan kawasan perumahan yang tersedia untuk tujuan tersebut.