Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

60) DASAR PENILAIAN PEROLEHAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila huraikan secara terperinci keberkesanan Dasar Penilaian Perolehan Secara Cut-Off

    Dasar Penilaian Perolehan Secara Cut-Off ialah satu proses tanda aras sebut harga dan tender yang diperolehi daripada pasaran melalui formula statistik bagi mendapatkan harga yang munasabah. Sistem ini digunapakai untuk setiap perolehan Kerajaan secara sebut harga dan tender yang disertai oleh lebih sepuluh (10) pembida kerana keberkesanannya dalam aspek-aspek berikut:-

    1. Proses penandaarasan secara statistik telah dapat membantu jabatan/agensi dalam memastikan kemunasabahan harga bidaan yang hendak diperakukan agar setiap ringgit yang dibelanjakan Kerajaan akhirnya berjaya memperoleh nilai yang terbaik dan menguntungkan (Value for Money);
    2. Mengelakkan aktiviti melobi projek-projek Kerajaan memandangkan penilaian perolehan sebut harga dan tender diurus secara kaedah statistik yang telah dibuktikan berintegriti dan sistematik. Di dalam konteks Negeri Selangor, harga yang diperakukan mestilah harga yang berada dalam lingkungan julat Cut-Off iaitu harga yang tidak lebih rendah dari -20.00% Builders Work Adjusted Mean (BWAM);
    3. Berfungsi sebagi alat atau tools kepada jabatan/agensi untuk menyenarai pendek pembida-pembida yang mana harganya munasabah susulan hanya sepuluh (10) harga terbaik yang berada di dalam lingkungan atau julat Cut-Off dan tidak lebih rendah dari – 20.00% BWAM sahaja yang akan dibawa ke penilaian teknikal. Kaedah ini membantu jabatan/agensi mempercepatkan proses penilaian kerana harga-harga yang terlalu rendah dan terlalu tinggi telah disisihkan di peringkat awal.

     

  2. Sila kemukakan perbandingan kelebihan dan kelemahan Dasar Perolehan Secara Cut-Off dengan harga terendah.

    Kelebihan dan kelemahan Dasar Perolehan secara cut-off dan dasar harga terendah dapat dilihat dalam aspek-aspek seperti berikut:-

    Dasar Penilaian Perolehan Secara Cut-Off

    Bil Kelebihan Kelemahan
    Penilaian yang berintegriti dan sistematik
    1 Kaedah ini adalah telus kerana penentuan kemunasabahan harga bergantung penuh dari harga pasaran semasa dan ia ditentukan berdasarkan kaedah statistik setelah tender ditutup

     

    Pegawai yang terlibat dalam proses penilaian perlu mahir dan menguasai kaedah mengisi maklumat dan data petender ke dalam Template Penilaian Cut-Off yang disediakan dalam format Microsoft Excel.
    Value for money
    2 Memperakukan harga yang terendah dalam lingkungan julat  Cut-Off yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri iaitu harga terendah yang lulus penilaian teknikal yang tidak lebih rendah dari -20.00 BWAM.

     

    Anggaran Jabatan (AJ) merupakan komponen penting. Terdapat keadaan di mana harga yang diperakukan berada dalam lingkungan Cut-Off iaitu mendapat peratusan Builders Work Adjusted Mean (BWAM) tidak lebih rendah dari – 20.00% tetapi peratusan Builders Work Anggaran Jabatan (BWAJ) harga-harga tersebut melebihi 30%. Perkara ini kerap berlaku kepada perolehan bekalan dan perkhidmatan kerana Anggaran Jabatan (AJ) disediakan menggunakan harga lampau / kontrak terdahulu.
    Alat / tools untuk mempercepatkan proses penilaian
    3 Mempercepatkan proses penilaian perolehan kerana berfungsi sebagai alat atau tools untuk menyenarai pendek dan menilai harga bidaan yang munasabah sahaja.

     

    Hanya boleh digunapakai kepada perolehan yang disertai oleh lebih sepuluh (10) petender.

     

    Dasar Perolehan Harga Terendah

     

    Bil Kelebihan Kelemahan
    Penjimatan Besar Kepada Kerajaan Negeri
    1 Harga yang diperakukan adalah harga yang terendah yang lulus penilaian teknikal tanpa sebarang had ditetapkan terhadap beza harga yang berjaya dengan Anggaran Jabatan (AJ). Sistem ini memberi penjimatan yang besar kepada Kerajaan Negeri.

     

    Wujud penjejasan terhadap kualiti kerja, bekalan dan perkhidmatan yang diterima akibat harga kontrak yang terlalu rendah.
    Mengelakkan Aktiviti Melobi Projek Kerajaan Negeri
    2. Mengelakkan aktiviti melobi projek-projek Kerajaan Negeri kerana hanya harga terendah dan lulus penilaian teknikal yang akan diperakukan.

     

    Kurangnya kawalan terhadap kemunasabahan harga menyebabkan tiada jaminan terhadap margin keuntungan kontraktor. Situasi ini kadangkala dilihat sebagai win-loose situation.
    Menggalakkan penyertaan Owner Operator
    3. Menggalakkan penyertaan owner operator dan mengelakkan projek Kerajaan Negeri terjejas akibat aktiviti ali baba atau pelantikan sub-kontraktor berulang kali. Terlalu bergantung kepada nilai Anggaran Jabatan (AJ). Kontraktor yang tidak mampu atau berhasrat menguji sistem juga mungkin diperakukan jika pihak kontraktor mengetahui nilai AJ.
  3. Apakah langkah pencegahan bagi membendung kemungkinan berlaku monopoli dalam proses secara cut-off ?

    Aktiviti monopoli dapat dibendung dalam pelaksanaan proses penilaian secara Sistem Cut-Off menerusi mekanisme berikut:-

    1. Template Penilaian Cut-Off dalam format Microsoft Excel yang digunapakai ini telah ditambahbaik oleh pihak JKR Malaysia di mana penilaian adalah berdasarkan beza kesemua harga dengan Adjusted Mean (AM) berbanding sistem Cut-Off klasik yang menggunapakai beza kesemua harga dengan Mean. Adjusted Mean adalah purata di antara Mean dengan Anggaran Jabatan (AJ). Penambahbaikan ini dapat mengelak pihak syarikat/kontraktor memanipulasi bidaan atau dalam kata lain menentukan pembida yang berjaya menerusi pakatan di kalangan mereka;
    2. Maklumat berkaitan Anggaran Jabatan (AJ) hendaklah dirahsiakan oleh agensi/jabatan;
    3. Kesemua harga yang disenarai pendek perlu lulus penilaian teknikal untuk layak diperakukan walaupun ianya telah berada di dalam lingkungan julat Cut-Off. Aspek-aspek penilaian teknikal merangkumi pematuhan kepada spesifikasi yang ditetapkan oleh jabatan/agensi, memiliki kecukupan modal dan mematuhi apa jua syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh jabatan/agensi di dalam dokumen sebut harga atau tender.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.