Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
55) PERBELANJAAN WANG RIZAB NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan yang menggunakan rizab simpanan negeri pada tahun 2010 hingga 2015.
Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2010 hingga 2012 serta 2015 telah mencatatkan lebihan di mana perbelanjaan tahun semasa adalah menggunakan terimaan hasil tahun semasa. Manakala prestasi kewangan pada tahun 2013 dan 2014 berakhir dengan kurangan. Kurangan yang direkodkan ini dibiayai oleh rizab simpanan negeri bagi membiayai sebahagian perbelanjaan pembangunan.
2010 2011 2012 2013 2014 2015 RM Juta RM Juta RM Juta RM Juta
RM Juta
RM Juta
Lebihan / (Kurangan) 124.24 180.62 251.72 (122.00) (4.37) 232.79 Perbelanjaan Mengurus Emolumen 347.35 362.20 Perkhidmatan dan Bekalan 365.41 400.82 Aset 8.56 8.77 Pemberian dan Kenaan Tetap 911.56 653.26 Perbelanjaan Lain 8.25 22.71 Jumlah 1,641.13 1,447.76 Perbelanjaan Pembangunan 630.84 781.69 Nota:- Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengawal perbelanjaan tersebut?
Kumpulan Wang Disatukan / Rizab Negeri dikendalikan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta Tatacara Kewangan 1957, Akta-akta Amanah, Arahan Amanah dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Tidak kesemua rizab Negeri boleh dibelanjakan atas sebab-sebab seperti berikut:-
- ia adalah sebahagian daripada Akaun Amanah Disatukan yang akan digunakan mengikut kehendak undang-undang, akta-akta amanah dan arahan amanah; dan
- rizab negeri akan dijadikan sebagai simpanan masa hadapan sekiranya kutipan hasil serta pertumbuhan hasil semasa tidak dapat menampung perbelanjaan dalam sesuatu tahun
Mekanisma pemantauan dan penguatkuasaan ke atas penggunaan Kumpulan Wang Disatukan / Rizab Negeri adalah terbahagi kepada tiga (3) iaitu:-
- Kawalan Dewan Negeri Selangor contohnya pewujudan Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Awam;
- Kawalan Perbendaharaan – penguatkuasaan Akta Tatacara Kewangan, Pekeliling Perbendaharaan dan Sistem Perakaunan Berkomputer dengan Kawalan dan Sekuriti bagi kelulusan sesuatu perbelanjaan dan perolehan; dan
- Kawalan Jabatan – contohnya tanggungjawab Pegawai Pengawal dari segi penurunan kuasa, pusingan tugas dan pengasingan tugas.