Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

52) AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA SUMBER AIR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon menyatakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab kepada pengurusan dan pemantauan sungai serta sumber air di Selangor serta jumlah kakitangan yang terlibat.

    sehenti dengan pendekatan pengurusan bersepadu bersama agensi-agensi lain yang berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perhutanan, Jabatan Veterinar, Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) serta agensi-agensi yang terlibat berdasarkan kedudukan dan isu sesuatu sumber air tersebut.

    Sehingga 25 Oktober 2016, LUAS mempunyai kekuatan anggota kakitangan seramai 104 orang yang terdiri daripada 72 orang pegawai/kakitangan lantikan bertaraf tetap dan 32 orang pegawai/kakitangan lantikan bertaraf kontrak. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 14 orang pegawai/kakitangan terdiri daripada anggota penguatkuasa yang diperincikan seperti berikut:

    1. Pegawai Penguatkuasa Gred N41 (1 orang),
    2. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (2 orang), dan
    3. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (11 orang).

    Mesyuarat Lembaga Pengarah LUAS Bil 2/2016 pada 20 September 2016 seterusnya telah meluluskan pengambilan 45 orang pegawai/kakitangan lantikan bertaraf kontrak baharu yang mana merangkumi 13 orang pegawai/kakitangan anggota penguatkuasa tambahan seperti berikut;

    1. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (1 orang), dan
    2. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (12 orang).

    Lantikan pegawai/kakitangan baharu ini akan dilakukan secara berperingkat bermula pada bulan Januari 2017 yang mana akan melibatkan 4 orang Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 untuk permulaan. Langkah berperingkat ini adalah untuk memastikan ketersediaan ruangan kerja bagi pegawai/kakitangan baharu yang akan dilantik.

  2. Apakah akta atau undang-undang yang digunakan oleh agensi berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing?

    LUAS melaksanakan fungsi serta penguatkuasaannya berdasarkan kepada Enakmen LUAS 1999. Manakala agensi-agensi lain yang terlibat adalah berdasarkan kepada bidang kuasa dan perundangan masing-masing mengikut seksyen/klausa yang berkaitan dengan sumber air seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang dikuatkuasakan oleh JAS, Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang dikuatkuasakan oleh PBT, dan Kanun Tanah Negara 1965 yang digunapakai oleh PDT.

  3. Sekerap mana pemeriksaan atau pemantauan secara berkala yang dilakukan oleh agensi berkenaan berkaitan pemantauan sungai serta statistik pemeriksaan, tindakan undang-undang atau pendakwaan di mahkamah sejak lima (5) tahun yang lalu.

    Pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management,IRBM) yang dilaksanakan LUAS dalam menguruskan sumber air di Negeri Selangor adalah dengan kerjasama Jabatan kerajaan dan pihak berkepentingan. Pemantauan isu-isu melibatkan sumber air dilaksanakan melalui Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Selangor dengan jumlah 12 kali mesyuarat/tahun. Ia turut dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor setiap 4 kali/tahun. Tindakan penguatkuasaan bersepadu dijalankan mengikut bidang kuasa masing-masing dengan kerjasama Jabatan kerajaan berkaitan. Pemantauan secara berkala dan mengejut/adhoc dijalankan melibatkan pelbagai isu pencemaran sumber air bagi memastikan sumber air d Negeri Selangor terpelihara.

    Pemantauan berkala sumber air di negeri Selangor dibuat dengan cara menyediakan jadual perancangan tugasan dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat kesalahan berlaku semasa pemantauan dijalankan. Pemantauan dan pemeriksaan tersebut merangkumi sungai-sungai, zon perlindungan yang diwartakan, kolam-kolam alternatif dan penyelesaian aduan yang diterima oleh Lembaga. Operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi juga turut dilaksanakan dalam memastikan penguatkuasaan terhadap sumber air di negeri Selangor dijalankan.

    Statistik tindakan penguatkuasaan dan perundangan yang telah dijalankan LUAS dari tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti berikut ;

    TAHUN JUMLAH SIASATAN/ PEMERIKSAAN JUMLAH NOTIS JUMLAH KOMPAUN RAMPASAN DAN SITAAN JUMLAH KERTAS SIASATAN YANG DISEDIAKAN TINDAKAN PENDAKWAAN TUNTUTAN KOS PEMBERSIHAN
    2012 460 292 17 13 8 Tiada Tiada
    2013 434 332 8 13 2 1 Tiada
    2014 611 304 14 6 2 Tiada Tiada
    2015 491 380 10 5 1 Tiada 3
    2016 (sehingga Ogos 2016) 314 281 13 2 2 1 3

     

Lampiran

Tiada Lampiran.