Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
50) TAMAN CERGAS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah projek Taman Cergas masih dilaksanakan dalam Negeri Selangor?
Projek Padang Cergas masih dilaksanakan di semua PBT Selangor selaras dengan Pelan Tindakan Lima (5) Tahun (2013-2017) di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.
-
Tiada projek telah dilaksanakan di Pandamaran pada tahun 2016 walaupun permohonan telah pun dibuat pada tahun 2015. Apakah alasan kelewatan tersebut dan bilakah projek-projek tersebut akan dilaksanakan?
Di Majlis Perbandaran Klang, lokasi dan permohonan ‘Padang Cergas’ dicadangkan oleh Ahli Majlis dan Persatuan Penduduk. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa peralatan tersebut benar-benar diperlukan oleh penduduk tersebut. Rekod di Jabatan Taman dan Rekreasi mendapati tiada permohonan yang diterima bagi kawasan Pandamaran pada tahun 2015 dan 2016. Walau bagaimanapun, pihak Majlis telah membekalkan peralatan-peralatan senaman bagi projek naiktaraf Kompleks Sukan Pandamaran.