Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
46) TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan S.O.P. penyelenggaraan taman permainan kanak-kanak di bawah PBT.
Semua taman permainan kanak-kanak yang telah diserah kepada PBT akan diselenggara setiap bulan secara kontrak. Penyelenggaraan yang dilaksanakan melibatkan skop berikut:
- Pembersihan peralatan permainan daripada sebarang kekotoran seperti lumut, pasir, tanah dan sebagainya.
- Membaikpulih kerosakan kecil seperti menggantikan tali buai yang putus, menggantikan ‘skru’ hilang, mengecat alatan berkarat dan sebagainya.
Peralatan yang mengalami kerosakan besar yang memerlukan kos yang tinggi akan dibaikpulih / diganti secara ‘one-off’. Tindakan penggantian atau baikpulih dibuat berdasarkan aduan penduduk, laporan kontraktor kawasan atau berdasarkan pemantauan tapak kakitangan teknikal jabatan. Taman permainan kanak-kanak yang belum diserah kepada PBT perlu diselenggara sendiri oleh pemaju sehingga pengambilalihan diluluskan. Tempoh pemaju menyelenggara adalah selama 12 bulan tarikh CCC dikeluarkan.
-
Nyatakan jadual sebenar penyelenggaraan di bawah MPK untuk taman permainan di DUN Selat Klang.
Jadual penyelenggaraan padang permainan kanak-kanak adalah seperti yang dinyatakan di bawah. Namun begitu jika didapati mana-mana syarikat gagal mematuhi jadual tersebut maka denda atau potongan bayaran dan NTC akan dikenakan pada syarikat tersebut.
Bil. Keterangan Kerja Kekerapan 1 Sapuan dan Pembersihan Kawasan Padang Setiap masa 2 Pemotongan Rumput dan Pembersihan Sisa Potongan Rumput – 2 kali sebulan 3 Kutipan Sampah setiap masa 4 Pembersihan Longkang Keliling Padang 2 minggu sekali 5 Kerja-kerja Membaja 4 bulan sekali 6 Kerja-kerja Penyelenggaraan Pokok Landskap 2 kali sebulan Jadual 1 : Jadual penyelenggaraan padang permainan kanak-kanak di MPK