Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
45) KILANG HARAM DI KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tatacara menyelesaikan masalah wujudnya kilang dalam kawasan kampung tradisi seperti kilang cat, kayu dan sebagainya?
Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) telah tamat pada 31 Disember 2015. Bagi mana-mana permohonan selepas tarikh tersebut akan melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang berkaitan sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan.
-
Berapa lamakah proses penyelesaian?
PPKTK telah tamat pada 31 Disember 2015.
-
Siapakah agensi yang akan mengurus kes sehingga selesai?
Permohonan tukar syarat tanah hendaklah dikemukakan melalui PTD yang berkenaan.