Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

40) PROGRAM HIJRAH PAYA JARAS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima bantuan perniagaan Hijrah bagi DUN Paya Jaras sehingga hari ini?

    Jumlah penerima bantuan perniagaan Hijrah Selangor bagi DUN Paya Jaras adalah seperti jadual di bawah:

    BILANGAN PESERTA BILANGAN PINJAMAN JUMLAH PINJAMAN
    662  

    753

     

    RM 4,479,000.00

  2. Siapakah nama-nama, nombor kad pengenalan, alamat dan apakah nombor telefon penerima bagi DUN Paya Jaras?

    Pihak Hijrah Selangor akan edarkan nama-nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon penerima bagi DUN Paya Jaras dalam bentuk CD “softcopy” dan akan diserahkan kepada Pejabat ADUN.

  3. Bolehkah senarai tersebut dihantar ke pejabat ADUN dalam bentuk ÒsoftcopyÓ?

    Pihak Hijrah Selangor akan edarkan CD ke pejabat ADUN.

Lampiran

Tiada Lampiran.