Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

16) PEMBINAAN KOLAM TAKUNGAN BANJIR DI PEKAN BANTING KUALA LANGAT SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan kerja terkini pembinaan sebuah kolam takungan banjir di Pekan Banting, Kuala Langat, yang diuruskan oleh JPS? Mengikut jadual kerja bila siap?

    Nama Projek :  Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran dan Pembinaan  Kolam Takungan dan Sistem Pam di Bandar Banting(Pakej 1), Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah KualaLangat, Selangor Darul Ehsan

    Tarikh Mula               :  17 Februari 2016

    Tarikh Siap                :  17 Julai 2017

    Tempoh                     :  18 bulan

    % Kemajuan             :  Jadual = 27 %  |  Sebenar = 21%

     

  2. Sebaik siap kerja pembinaan adakah Kerajaan Negeri bercadang bertukarnya tujuan penggunaannya selain kolam takungan banjir juga dijadikan sebagai tempat beristirehat dan aktiviti memancing ikan?

    Perkara tersebut sememangnya dalam cadangan tetapi perlu diteliti kerana kolam tersebut direka bentuk untuk kolam takungan banjir dan fasiliti kolam adalah berbeza dengan kolam takungan di kawasan perumahan. Perancangan untuk dibuka kepada orang awam akan diteliti bagi memastikan faktor keselamatan orang awam terjamin dan integriti sistem JPS terkawal supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

    Apabila projek tamat, 1 tahun pertama adalah merupakan tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) dan kolam tidak akan dibuka untuk orang awam.

    JPS memerlukan masa untuk memahami operasi sistem pam, kadar alir yang masuk serta kesan air pasang surut di kawasan tersebut sebelum boleh dibuka kepada orang awam. Kolam tersebut akan menempatkan 3 pam skru dan rumah pam berserta struktur inlet dan outlet yang bertujuan untuk menampung air larian daripada sebahagian pekan Banting dan menyimpan sementara di

    kolam tersebut. Pam pula akan berjalan apabila air kolam semakin meninggi untuk dibuang keluar terus ke Sungai Langat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.