Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
310) BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2016
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah kakitangan KNS yang layak menerima manfaat tersebut?
Jumlah kakitangan perkhidmatan awam Negeri Selangor yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan dan di bayar pada 1 Julai 2016 melalui sistem gaji berkomputer adalah sebanyak 17,142 orang.
-
Sila nyatakan pemberian Khas Aidilfitri dan bonus 1.5 bulan terhadap implikasi kewangan Negeri?
Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak 1 ½ bulan gaji ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM41,564,105.84 seperti yang dibayar melalui sistem gaji berkomputer.
-
Sila nyatakan secara perbandingan pemberian khas Aidilfitri kakitangan KNS dengan Persekutuan sejak 3 tahun yang lepas?
Perbandingan pemberian khas sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan Negeri Selangor dengan pemberian oleh kerajaan Persekutuan bagi tempoh 3 tahun lepas adalah seperti berikut:
TAHUN
Jumlah Pemberian Kerajaan Negeri Selangor
Jumlah Pemberian Kerajaan Persekutuan 2014
1 Bulan Gaji (jumlah implikasi kewangan sebanyak RM28,029,070.03)
RM500.00
2015
1 Bulan Gaji (jumlah implikasi kewangan sebanyak RM28,280,988.94)
RM500.00
2016
1 1/2 Bulan Gaji (jumlah implikasi kewangan sebanyak RM41,564,105.84)
RM500.00