Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
307) KERJA-KERJA NAIKTARAF PERSIMPANGAN DI JALAN PERSEKUTUAN 1 TANJUNG MALIM – RAWANG (FT001)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah JKR Hulu Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai kerja-kerja naiktaraf persimpangan Jalan FT001 ke Genting Highland? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Ini adalah Jalan Persekutuan FT001. Projek ini telah dipohon untuk dimasukkan dalam Senarai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi tidak diluluskan.
-
Apakah sebab-sebabnya kerja-kerja naiktaraf persimpangan di Jalan Kuala Kali - Rasa (B115) ke Jalan FT001 belum dimulakan lagi?
Projek ini belum dimulakan kerana perancangan projek berdasarkan kepada peruntukan siling yang telah diluluskan.