Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
295) KUBUR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memastikan tapak kubur adalah mencukupi untuk penduduk Petaling Jaya?
Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa penyediaan tapak perkuburan merupakan satu cabaran bagi Negeri Selangor kerana kedapatan tanah yang terhad dan kesukaran mendapatkan lokasi/tanah yang strategik bagi menempatkan kemudahan ini. Saiz lot tanah yang kecil juga menyukarkan
Merujuk kepada Laporan Inventori Tanah Perkuburan dan Keperluan Perkuburan di Negeri Selangor sehingga tahun 2060 yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD Negeri Selangor) telah mendapati bahawa berlaku ketidakcukupan Tapak Perkuburan Islam bermula tahun 2010 (Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)) dan 2033 (di Majlis Perbandaran Klang (MPK)) serta 2043 (di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)). Manakala, berlaku ketidakcukupan Tapak Perkuburan Selain Islam bermula tahun 2010 (di MBPJ, MPSJ, MPK dan MPAJ).
Justeru, untuk mengatasi masalah ketidakcukupan ini, Kerajaan Negeri telah mencadangkan pengwujudan tapak Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) yang berfungsi untuk menampung keperluan tapak perkuburan bagi pembangunan- pembangunan yang kurang 250 ekar di mana pengecualian dan caruman kubur disyaratkan.
Bagi kegunaan penduduk di Daerah Petaling, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti tapak PWB di kawasan cadangan pembangunan RRIM, Mukim Sungai Buloh dengan keluasan 74.13 ekar. Pelan susunatur bagi keseluruhan tapak RRIM masih di peringkat kebenaran merancang yang turut melibatkan tapak PWB ini.
Selain itu, Kerajaan Negeri telah menyatakan dengan jelas di dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 melalui Dasar MM11 : Kemudahan Keagamaan Akan Disediakan Dengan Mencukupi Bagi Setiap Penganut Agama Utama dengan pengenalpastian Inisiatif Pelaksanaan P8 dan P9 yang telah menyentuh secara jelas seperti berikut:-
P8 : Menyediakan tapak perkuburan seperti yang diunjurkan bagi kegunaan semua penganut agama
P9 : Menggalakkan penyediaan kubur awam secara bersepadu dengan mengambilkira keperluan kemudahan-kemudahan sokongan dengan pengurusan sistematik yang berkesan.
-
Senaraikan semua tapak kubur di Selangor dan kapasitinya.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, senarai tapak-tapak kubur dan kapasitinya boleh didapati melalui Laporan Inventori Tanah Perkuburan dan Keperluan Perkuburan di Negeri Selangor sehingga tahun 2060 yang telah disediakan pada tahun 2010 oleh JPBD Negeri Selangor dengan kerjasama semua Pejabat Tanah dan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Berikut dinyatakan rumusan kepada Laporan Inventori tersebut:-
BIL.
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
JUMLAH KELUASAN TAPAK (EKAR) KAPASITI TAHAP KEKOSONGAN EKAR % 1. Majlis Bandaraya Shah Alam 652.49 368.2 56.43 2. Majlis Jaya Bandaraya Petaling 99.40 45.0 45.27 3. Majlis Jaya Perbandaran Subang 106.36 74.56 70.1 4. Majlis Perbandaran Klang 435.88 224.87 51.59 5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 75.35 25.83 34.28 6. Majlis Perbandaran Selayang 379.52 177.20 46.69 7. Majlis Perbandaran Sepang 308.37 248.33 80.53 8. Majlis Perbandaran Kajang 816.42 461.85 56.57 9. Majlis Daerah Sabak Bernam 217.19 138.22 63.64 10. Majlis Daerah Kuala Langat 436.91 282.46 64.65 11. Majlis Daerah Kuala Selangor 280.99 152.58 54.30 12 Majlis Daerah Hulu Selangor 666.30 414.97 62.28 -
Senaraikan semua tapak kubur yang dalam perancangan untuk dibangunkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sekalian, terdapat 4 tapak perkuburan awam bersepadu sedang dalam proses perancangan dan pembangunan iaitu:-
LOKASI NO. LOT KELUASAN STATUS Mukim Sepang 12338, 12339 dan 12340
25 ekar Telah selesai proses Kebenaran Merancang.
5756 400 ekar Di dalam proses pengambilan tanah oleh pihak Kerajaan Negeri.
RRIM, Mukim Sungai Buloh 2282 dan sebahagian lot 2804 74.13 ekar (Cadangan tapak perkuburan di bawah pentadbiran MBPJ adalah seluas 24.89 ekar dan MBSA seluas 50 ekar.)
Pelan susunatur bagi keseluruhan tapak RRIM masih di peringkat kebenaran merancang. Mukim Hulu Semenyih 1172, 448, 1174, 504, 648,
495, 170, 547,
600, 395, 449,
296, 586, 722,
587, 552, 540,
725, 721, 588,
1690, 872, 723,
1100, 727, 726,
724, 541, 302
dan 728.
168.74 ekar Masih dalam proses pengukuran tapak melalui penyeiaan pelan persempadanan.