Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

276) PROJEK KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek KHSB yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun 2016?

    Dalam tahun 2016, tumpuan KHSB lebih menjurus kepada penyediaan kertas cadangan pembangunan bagi mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang (“KM”) bagi beberapa tanah milik anak syarikat MBI yang telah dikenalpasti. Untuk tujuan tersebut, KHSB telah menyertai proses “Reguest for Proposal – RFP” anjuran MBI atau anak syarikatnya.

  2. Nyatakan lokasi dan nilai projek tersebut?

    Beberapa lokasi tanah yang telah kenalpasti adalah di sekitar Kundang, Shah Alam dan Bangi. Nilai Pembangunan Kasar bagi setiap projek adalah dianggarkan dalam sekitar RM50 ke RM60 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.