Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
269) INDUSTRI AERO ANGKASA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk menjayakan industri ini di Selangor?
Bagi menjayakan industri Aero Angkasa di Selangor, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Aeroangkasa Selangor Atau ‘Selangor Aerospace Council untuk memacu dan memperkasakan industri aero angkasa di Negeri Selangor sebagai salah satu industri yang bakal menjana pertumbuhan ekonomi negeri dan menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di
Majlis Aeroangkasa Selangor Atau ‘Selangor Aerospace Council berperanan untuk;-
- Menentukan halatuju industri Aero Angkasa Smart
- Menentukan bidang-bidang industri Aero Angkasa yang perlu diberi keutamaan.
- Merancang polisi pembangunan modal insan di dalam industri Aero Angkasa di Negeri Selangor
- Merancang dan membentuk Smart Selangor Aerospace Blueprint & Action Plan.
- Merancang, membentuk serta melengkapkan satu ekosistem untuk industri aeroangkasa yang berdayasaing di Sepang, Subang dan Serendah.
- Memantau dan memberi fokus pelaburan masuk dari sektor aeroangkasa yang memberi impak kepada negeri Selangor
Matlamat & Misi Majlis Aeroangkasa Selangor:
- Membangunkan Selangor sebagai hab pelaburan industri aeroangkasa di rantau Asia
- Mempertingkatkan ekosistem dan pelaburan dari sektor aeroangkasa di Selangor.
- Menjana peluang pekerjaan, pemindahan teknologi tinggi dan penubuhan institusi serta pusat latihan bertaraf dunia khusus untuk sektor aeroangkasa di
- Menarik pelaburan langsung asing dan juga tempatan ke negeri Selangor dalam sektor berkenaan.
Bidang Kerja Utama Majlis Aeroangkasa Selangor:
- Memberi penekanan dari aspek pembangunan industri aeroangkasa di negeri Selangor merangkumi seluruh ekosistem yang
- Memberi penekanan terhadap pembangunan negeri Selangor sebagai Hab Aeroangkasa di rantau Asia Pasifik.
-
Nyatakan secara terperinci syarikat dan alamat yang mempergiatkan industri aero angkasa di Selangor?
Antara syarikat yang terlibat dalam industri Aero Angkasa di Selangor adalah seperti berikut;-
Bil. Nama Syarikat Alamat syarikat 1. Ge Engine Services Malaysia Sdn. Bhd. Mas Complex A-AA 1802, Sultan Abdul Aziz Shah Airport, 47200 Subang, Selangor 2. Spirit Aerosystems Malaysia Sdn. Bhd. Pusat Aero Angkasa Antarabangsa Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47200 Subang Selangor
3. Sepang Aircraft Engineering Sdn. Bhd.
Lot PT 16 Jalan Klia S7, Southern Support Zone,
Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor 4. Umw Aerospace Sdn. Bhd. Lot 29138, Mukim Bandar Serendah, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
5. Upeca Aerotech Sdn Bhd Lot 2-22, Jalan Su 6A, Lion Industrial Park, Section 22, 40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
6. Airfoils Services Sdn Bhd No 12, Jalan Teknologi, Selangor Science Park 1, Kota Damansara, PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor
7. SME Aerospace Sdn Bhd Lot 14643, 47000 Sungai Buloh, Selangor 8. Blue Lines Sdn Bhd Skypark Regional Aviation Centre Hangar A Jalan Riyal U3/36, Bukit Jelutong Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor 9. Aerex Sdn Bhd No 7, Jalan Permai 1J, Kota Pandamar, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan
10. Muhibbah Airline Support Industries Sdn Bhd Lot 586 & 579, 2nd Mile, Jalan Batu Tiga Lama, 41300 Klang, Selangor Darul Ehsan
11. Hamilton Standard Customer Support Centre 9 Lengkok Kululi 2, Bukit Raja Industrial Estate,
41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.
-
Berapakah jumlah pelaburan industri aero angkasa pada tahun 2015?
Bagi tahun 2015 sebanyak 3 projek perkilangan dalam industri aero angkasa telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 352,633,600
* Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)