Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
256) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang telah digunakan dan belum digunakan untuk tahun 2016?
Seperti mana sedia maklum, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 600 juta sebagai Siling Peruntukan MARRIS pada tahun 2016. Dari semasa ke semasa, Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri juga menimbangkan dan meluluskan siling tambahan bagi membiayai kerja-kerja kecemasan dan kesegeraan yang dibenarkan di bawah skop MARRIS berjumlah RM 77,550,624.10. Ini menjadikan Siling Kemaskini Peruntukan MARRIS bagi tahun 2016 setakat 15 Julai 2016 sebanyak RM 677,550,624.10.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan setiap peruntukan yang disalurkan memberi impak kepada rakyat Selangor?
Berdasarkan rekod, jumlah komitmen/perbelanjaan MARRIS tahun 2016 bagi tempoh sama oleh agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah / Tanah (PDT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor adalah sebanyak RM 287,620,726.58 atau 42.45% daripada Siling Kemaskini. Jumlah komitmen/perbelanjaan ini mewakili senarai projek yang telah selesai proses perolehan secara sebut harga/tender dan Surat Setuju Terima (SST) telah dikemuka untuk tuntutan kepada pihak Perbendaharaan Negeri Selangor. Kesemua agensi pelaksana telah melaksanakan tugas dengan proaktif dan komited kepada sasaran Kerajaan Negeri untuk membelanjakan kesemua baki Siling Peruntukan MARRIS tahun 2016 selewat-lewatnya pada 30 September 2019.
(Perincian Kepada Prestasi Perbelanjaan Peruntukan MARRIS Tahun 2016 setakat 15 Julai 2016 ditunjukkan seperti jadual di Lampiran A – helaian berkembar.)
-
Senarai peruntukan MARRIS yang telah digunakan untuk kawasan DUN Jeram?
- Perlu ditekankan di sini, komitmen/perbelanjaan berjumlah RM 287,620,726.58 yang direkodkan tersebut telah pun sebenarnya mencapai tahap 58% jika dibandingkan dengan jumlah terimaan Geran MARRIS dari Kerajaan Persekutuan setakat 15 Julai 2016 yang berjumlah RM 285,952,461.77. Kerajaan Negeri menampung perbezaan atau kurangan yang direkod tersebut menerusi baki Kumpulanwang yang terkumpul. Justeru, bukanlah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan MARRIS. Perkara ini dapat dilihat menerusi statistik perbelanjaan peruntukan MARRIS pada tahun 2014 dan 2015 (ditunjukkan pada Jadual 1) yang masing-masing telah melebihi jumlah terimaan sebenar dari Kerajaan Persekutuan.
Jadual 1
Rekod Perbelanjaan Geran MARRIS Berbanding Terimaan Bagi Tahun 2014, 2015 dan 2016
TAHUN
JUMLAH TERIMAAN
(RM)
JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
% PERBELANJAAN
2014 523,486,773.00 547,484,728.54 104.58 2015 468,774,527.00 644,794,155.82 137.54 2016* 285,952,461.77 287,620,726.58 100.58 * Setakat 15 Julai 2016.
- Rekod ini dapat dicapai menerusi perancangan yang teliti dan kerjasama yang jtu dari kalangan semua agensi pelaksana yang terlibat. Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa berhati-hati dalam peringkat pelaksanaan khususnya dalam memastikan bahawa setiap projek yang dilaksanakan itu benar-benar akan memberi impak kepada rakyat Negeri Selangor. Justeru, beberapa langkah penting telah diambil seperti berikut:-
- Menyemak senarai kerja yang dikemukakan oleh agensi pelaksana bagi memastikan ianya mematuhi semua skop penyelenggaraan yang dibenarkan di bawah Garis Panduan MARRIS sahaja;
- Memantau kualiti kerja menerusi proses ujian Bitumen Content dan Ujian Coring pada setiap projek turapan semula jalan yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana yang menyelia projek;
- Meneruskan pemberian peruntukan sebanyak RM 3 juta setahun mengikut kawasan Dewan Negeri yang disalurkan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khusus bagi memastikan peruntukan MARRIS dibelanjakan secara menyeluruh;
- Selain aktiviti yang dirancang, Jawatankuasa Pentadbir Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri turut mempertimbangkan permohonan kerja kecemasan dan kesegeraan seperti keruntuhan jalan dan jambatan yang selaras dengan skop
- Permintaan Yang Berhormat Jeram untuk mendapatkan senarai peruntukan MARRIS yang telah digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan di kawasan DUN Jeram akan kemukakan secara
(Senarai Projek MARRIS DUN Jeram Bagi Tahun 2015 dan 2016 ditunjukkan pada jadual seperti di Lampiran B).