Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
245) PENYEDIAAN TANAH TAPAK BALAI POLIS KLANG UTARA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah telah dirancangkan penyediaan tapak Balai Polis Klang Utara? berapa keluasan?
Ya, ada. Berdasarkan pelan lulus susun atur Majlis Bil:MPK/KU83/2007 yang bertarikh 27.6.2013, rizab Balai Polis ada disediakan di Taman Sungai Kapar Indah, Mukim Kapar, Daerah Klang. Rizab Balai berkeluasan 8 ekar.
-
Apakah asas rujukan penyediaan tapak balai dalam pembangunan bandar dan penduduk?
Penyediaan tapak Balai Polis dalam pembangunan Bandar berdasarkan kepada Manual Garis Panduan, Piawaian dan Pembangunan Negeri Selangor (Edisi Kedua) Tahun 2010
1) Bilangan Penduduk 10,000 – 15,000 : Perlu disediakan 1 Tapak Rizab Balai Polis Bandar berkeluasan 5 – 10 ekar.
Terdapat Tapak Rizab Polis milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan seluas 0.8 ekar di Pekan Meru iaitu bekas tapak Pondok Polis untuk dicadang dan dibina Balai Polis oleh Pihak Kementerian Dalam Negeri bagi kemudahan penduduk di kawasan Meru, Bukit Kapar dan Bukit Raja. Pembinaan Balai di tapak tersebut adalah mendesak merujuk jumlah penduduk yang hampir 100,000 orang Meru dan statistik kes jenayah yang agak ketara yang meningkat dari masa ke semasa.
-
Adakah apa-apa inisiatif bagi menempatkan semula Balai Polis Meru diatas tanah yang sesuai?