Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
239) PREMIS PERJUDIAN MESIN SLOT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar aktiviti perjudian mesin slot dalam kawasan PBT, khasnya di Majlis Daerah Kuala Selangor?
Aktiviti perjudian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang diguna pakai oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), walau bagaimanapun Majis Daerah Kuala Selangor (MDKS) turut mengambil tindakan mengikut kuasa sedia ada seperti kesalahan tanpa lesen atau melanggar undang-undang bertulis. MDKS boleh mengeluarkan kompaun, notis, sitaan, menutup premis dan pendakwaan di Mahkamah.
-
Berapakah bilangan premis perjudian tersebut yang telah dikenalpasti dalam kawasan PBT yang berkenaan?
Sebanyak 84 premis yang disenaraikan oleh pihak Polis
-
Adakah premis-premis berkenaan mempunyai kebenaran beroperasi?
Tiada kebenaran untuk beroperasi dari pihak MDKS.