Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

218) BANTUAN RAWATAN DIALISIS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah perbelanjaan diperuntukan bagi permohonan bantuan ini setiap tahun?

    Sejak tahun 2013 sehingga 2016, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM2,622,433.30 untuk bantuan rawatan Dialisis. Berikut adalah jumlah yang diperuntukkan bagi rawatan Dialisis mengikut tahun :

    TAHUN JUMLAH BANTUAN (RM)
    2013 224,181.90
    2014 253,727.30
    2015 854,479.00
    Sehingga Julai 2016 1,290,045.10
    JUMLAH 2,622,433.30
  2. Adakah telah dikenalpasti pusat dialisis sediada mencukupi?

    Jumlah pesakit Dialisis yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan adalah seramai 424 orang. Terdapat 7 buah Hospital yang mempunyai mesin Dialisis iaitu seperti Jadual

    HOSPITAL BILANGAN MESIN

    DIALISIS

    Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 30
    Hospital Shah Alam 20
    Hospital Selayang 38
    Hospital Serdang 37
    Hospital Ampang 25
    Hospital Kajang 22
    Hospital Banting 14
    JUMLAH 186

    Jadual 1: Jumlah Mesin Dialisis di Hospital Kerajaan

    Jumlah ini tidak termasuk jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta. Bagi pusat rawatan swasta, sebanyak 127 pusat Dialisis berlesen dan mempunyai 980 mesin dialisis.

    Kerajaan Negeri telah melantik sebanyak 20 buah Panel Dialisis yang akan memberi rawatan kepada pesakit yang mendapat Bantuan Kesihatan Selangor. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri akan menambah sebanyak 80 buah Panel Dialisis bagi menjayakan Program Panel Dialisis Negeri Selangor. Hanya Panel Dialisis yang dilantik sahaja akan menerima Bantuan Kesihatan Selangor. Panel Dialisis ini melibatkan hampir 90% pusat rawatan Dialisis swasta yang terdapat  di negeri Selangor.

  3. Apakah pelan tindakan awal bagi menghadapi peningkatan pesakit ini dari segi kewangan, pusat rawatan dan kesedaran pencegahan pesakit ini?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Kesedaran kepada masyarakat melalui Program Karnival Sihat Selangor yang dilaksanakan bersama PBT. Program ini memberi kesedaran bahawa awam mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas, memupuk amalan bersenam dan beriadah di kalangan masyarakat, membentuk sikap positif dalam kehidupan seharian dan membolehkan masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan percuma. Jadual pelaksanaan Program tersebut adalah seperti Jadual

    PBT Tarikh Fokus
    MBPJ 23 JULAI 2016 CANCER
    MPS 30 JULAI 2016 DADAH
    MDHS 13 OGOS 2016 BUAH PINGGANG
    MPAJ 14 OGOS 2016 TB
    MDKS 20 OGOS 2016 DIABETES
    MDKL 27 OGOS 2016 JANTUNG
    MPK 25 SEPTEMBER 2016 DIABETES
    MBSA 10 OKTOBER 2016 STRESS
    MPSJ 15 OKTOBER 2016 PENGURUSAN STRESS
    MPKJ 16 OKTOBER 2016 DARAH

    TINGGI/STRESS

    MPSP 22 OKTOBER 2016 OBESITI
    MDSB 30 OKTOBER 2016 PEMAKANAN SIHAT

Lampiran

Tiada Lampiran.