Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

203) PEMANTAUAN KONTRAKTOR PEMBENTUNGAN DI KAJANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pihak manakah yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan peraturan kerja-kerja Pembentungan Kajang 2 yang dilaksanakan di Kajang.

    Projek Pembetungan Kajang 2 adalah dibawah penguatkuasaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA). Segala perjalanan kemajuan kerja dan pemantauan dibawah tanggungjawab Kementerian

  2. Kerosakan rumah dan jalanraya telah berlaku akibat kerja pembentungan tersebut. Adakah gantirugi sewajarnya dibayar kepada penduduk yang terlibat?

    Segala ganti rugi atau kerosakan terhadap struktur rumah atau jalan yang disebabkan kerja-kerja pembetungan adalah dibawah tanggungjawab pihak KETTHA.

Lampiran

Tiada Lampiran.