Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

187) PROGRAM BRAIN BANK

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif pelaksanakan program tersebut?

     Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku Urus Setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah mengadakan 2 siri bengkel bagi tujuan menggubal dasar dan mekanisme pelaksanaan program ini. Bengkel ini telah dihadiri oleh pakar akademik daripada universiti awam dan swasta serta pegawai- pegawai kerajaan yang berkaitan bagi memastikan pelaksanaan program mencapai objektif.

    Kertas cadangan dasar dan mekanisme pelaksanaan telah dimuktamadkan dan di angkat kepada Lembaga TKWBNS untuk kelulusan.

  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi melaksanakan program tersebut?

    Peruntukan tahunan yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) adalah sebanyak RM8.0 juta setahun. Peruntukan awal sebanyak RM5.0 juta telah pun disalurkan kepada TKWBNS untuk pelaksanaan pada tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.