Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

182) RIZAB NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah rizab kewangan negeri dari tahun 2010 hingga 2016?

    Rizab negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan bagi Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Sehingga 15 Julai 2016 jumlah rizab negeri adalah berjumlah RM3,950.64 juta. Manakala kedudukan rizab negeri bagi tahun 2010 hingga 2015 adalah seperti berikut:-

     

    Tahun

    Jumlah

    Rizab

    RM Juta
    2010 1,586.88
    2011 1,944.00
    2012 2,619.44
    2013 2,907.10
    2014 3,200.91
    2015 3,258.61
  2. Bagaimanakah rizab kewangan yang tinggi dapat membantu peningkatan ekonomi negeri demi manfaat rakyat?

    Adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan rizab Kerajaan Negeri dengan cekap dan teratur agar segala dasar, program, projek dan aktiviti yang dirancang bagi pembangunan Negeri Selangor dan kebajikan rakyat Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam hal pengurusan rizab, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa ia mestilah dibelanjakan kepada program atau projek yang akan membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi negeri. Kerajaan Negeri Selangor pada Dewan Negeri Selangor Sidang November / Disember 2015 telah membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2016 bertemakan “Membangun Smart    Selangor   Yang   Peduli”   yang   memberi    keutamaan   untuk menjana pembangunan dinamik dan organik melalui lima strategi iaitu :

    • Menerajui Gagasan Smart
    • Menjana Sumber Pendapatan Secara
    • Mempertingkat Pembangunan Berkualiti dan Inisiatif
    • Memperkukuh Kualiti Pendidikan dan
    • Membangun Kapasiti Wanita, Generasi Y dan Ekonomi Kreatif.

Lampiran

Tiada Lampiran.