Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

165) BEKAS PEKERJA LADANG IJOK

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini nasib bekas pekerja ladang di Ijok yang diarahkan pindah oleh Kerajaan Negeri?

    Soalan ini terlalu umum untuk diperjelaskan kerana saya tidak pasti ladang manakah yang dirujuk oleh Yang Berhormat Jeram. Dalam pada itu, dimaklumkan bahawa peningkatan pembangunan di kawasan Ladang Coalfield yang dimiliki oleh KL – Kepong Berhad adalah merupakan usaha dari Kerajaan Negeri melalui perbincangan bersama dengan pemilik ladang berkenaan berhubung kemajuan pembangunan kawasan ladang tersebut iaitu dengan memberi subsidi rumah kepada 38 bekas pekerja ladang untuk membeli rumah dengan kadar harga yang lebih murah iaitu RM35,000.00 sebuah berbanding harga asal sebanyak RM150,000.00 bagi sebuah rumah. Sehubungan dengan itu, pampasan sebanyak RM18,000.00 juga telah diserahkan kepada 38 keluarga bekas pekerja ladang berkenaan yang telah memenangi keputusan mahkamah. Di samping itu, pihak KL– Kepong Berhad juga telah memperuntukkan tanah seluas 1 ekar sebagai tapak ibadat kepada bekas pekerja ladang tersebut sebagai kemudahan kepada mereka bagi membina kuil.

  2. Apakah Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan kediaman kepada mereka?

    Kerajaan Negeri Selangor setakat ini belum mempunyai program bantuan khusus untuk membantu bekas pekerja ladang yang telah bersara mahupun yang diarahkan berpindah untuk mendapatkan kemudahan kediaman kepada mereka. Namun begitu, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang melalui “ Estate Land Board ” telah berbincang dengan jabatan yang berkenaan dengan mensyaratkan supaya dalam setiap pembangunan kawasan ladang, kebajikan setiap bekas pekerja ladang dapat dipertahankan seperti perumahan, rumah ibadat dan sekolah. Berikut adalah merupakan antara ladang – ladang di Negeri Selangor yang telah dibantu :

     

    1. Ladang Bukit Rajah – Seramai 75 keluarga telah dibantu dalam memiliki rumah teres satu tingkat dengan harga diskaun di bawah portfolio Pekerja Ladang. Selain itu juga, Portfolio Pekerja Ladang telah membantu mereka untuk mendapatkan tapak kuil dan dewan komuniti sebagai kemudahan kepada mereka ;

     

    1. Ladang Bangi – Seramai 22 orang bekas pekerja ladang telah dibantu bagi mendapatkan persetujuan oleh majikan mereka untuk membina rumah kos rendah dan kos ditanggung oleh majikan itu sendiri ;

     

    • Taman Permata Dengkil – Kerajaan Negeri telah menyerahkan 30 ekar kepada Kerajaan Pusat bagi pembinaan rumah kepada 393 orang pekerja ladang bekas pekerja ladang dari kawasan

     

    1. Ladang Duneden – Seramai 22 orang pekerja ladang telah mendapat manfaat berdasarkan perbincangan bersama majikan dan mereka bersetuju untuk membina 22 buah rumah kepada pekerja ladang serta memberikan tapak rumah ibadat ; dan

     

    1. Ladang Tumbok – Kerajaan Negeri telah berjaya membantu seramai 12 orang bekas pekerja ladang dalam memiliki rumah dan tapak

     

    1. Ladang Semenyih – Kerajaan Negeri melalui perbincangan dengan majikan dan pemilik ladang berkenaan telah berjaya membantu mendapatkan rumah teres 2 tingkat dengan diskaun kepada 25 bekas pekerja ladang, tempat beribadat dan juga tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

     

    1. Ladang Dusun Durian – Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan pembatalan “Rezab Melayu” yang telah dijadikan sebagai tapak perumahan kepada bekas pekerja ladang 109 orang serta tempat beribadat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.