Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
163) USAHA MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI KAWASAN- KAWASAN KAMPUNG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk membantu mengatasi masalah lambakan sampah sarap dan sisa pepejal di kawasan-kawasan kampung yang tidak terurus dan dibuang merata-rata?
Kerajaan Negeri tidak mengabaikan pengurusan sampah di kawasan kampung sama ada dalam kawasan operasi PBT atau di luar kawasan operasi. Walau bagaimanapun, kaedah pengurusan sampah di kampung-kampung adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan PBT sebagai contoh MBSA, MBPJ dan MPSJ telah melantik kontraktor bagi pengurusan sampah di kampung-kampung dalam kawasan pentadbiran masing-masing. Manakala bagi lain-lain PBT kaedah menggunakan tong sampah berpusat (diletakkan di tepi jalan utama) digunakan bagi memudahkan kutipan oleh kontraktor.
-
Nyatakan rancangan Kerajaan.
Sama seperti di SUB (a)