Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

138) ISU PENGANGGURAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan yang menyebabkan masalah penganguran?

    1. Keadaan ekonomi yang tidak stabil sedikit sebanyak memberi kesan dalam peluang pekerjaan yang menyebabkan berlakunya masalah pengangguran. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah megambil inisiatif bagi mengatasi masalah pengangguran ini dengan melaksanakan program-program seperti berikut:

     

    • Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia atauYouth Enhancement Strategy Selangor (YES) yang memberi fokus kepada belia yang tidak mempunyai akademik cemerlang untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran dan kelayakan dalam bidang-bidang tertentu bagi memenuhi keperluan industri. Program ini membolehkan anak muda mendapat pekerjaan terus di industri selepas tamat latihan di SHRDC dan program ini turut membuka peluang peningkatan kerjaya kepada pekerja industri yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) ke jawatan yang lebih tinggi di dalamsyarikat yang

     

    • Program Internship High Impact Talent (i-HIT). Program ini disasarkan kepada pelajar tahun akhir UNISEL, KUIS dan INPENS. Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar mendapat latihan tambahan subjek-subjek niche yang diperlukan industri. Pelajar-pelajar akan dipilih oleh industri sebelum memasuki program dan seterusnya mendapat tawaran pekerjaan secara

     

    • Program Graduate Employability and Enhancement Selangor (PROGRES) yang memberi fokus kepada latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor dalam menjalani latihan di syarikat-syarikat industri

     

    • Program Karnival Kerjaya (Job Fair 2016) iaitu sebuah program yang memberi peluang untuk warga Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program yang dilaksanakan pada 28 Mei 2016 telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 10,000 orang dengan tawaran kekosongan jawatan sebanyak 5,818.

     

    Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga turut berusaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan menarik pelabur dari dalam dan luar negara untuk membuat pelaburan di Selangor.

  2. Apakah pasaran kerja yang ada adalah sesuai dengan tawaran kursus pengajian yang terdapat di institusi pengajian tinggi sekarang?

    1. Berdasarkan kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Bahagian Pembangunan Mahasiswa KUIS, diperhatikan bahawa pada tahun 2015 sebanyak 82.9% graduan yang telah berjaya mendapat pekerjaan sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Jangkaan graduan bekerja selepas Majlis Konvokesyen disasarkan kepada 100% mendapat pekerjaan.
  3. Apakah langkah-langkah yang untuk mengatasi masalah tersebut?

    1. Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut ialah:

     

    • Melaksanakan Selangor Job Fair 2016 iaitu sebuah program yang membuka peluang pekerjaan mengikut kelayakan akademik khususnya kepada warga Selangor. Program ini yang dilaksanakan pada 28 Mei 2016 telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 10,000 orang dengan tawaran kekosongan jawatan sebanyak 5,818.

     

    • Kajian dilaksanakan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri ke atas pencapaian program pengajian yang ditawarkan mengikut standard dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) agar sentiasa bersifat berdaya saing, employability dan marketability bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025.

     

    • Membina rangkaian dan jaringan akademik melalui Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri iaitu UNISEL, KUIS dan INPENS dengan IPTA, IPTS, syarikat swasta dan Jabatan Kerajaan di dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan termasuk latihan kepada

     

Lampiran

Tiada Lampiran.