Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

135) PROGRAM PEMULIHARAAN SUNGAI DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kejayaan program pemuliharaan sungai-sungai di Selangor dan apakah masalah-masalah besar yang menghalang kelancaran program itu?

    Antara kejayaan yang telah dicapai tetapi tidak sepenuhnya ada kempen terhadap Sungai Penchala sepanjang 7km bersama komuniti sekitar lembangan dan juga pihak-pihak korporat.JPS Selangor pernah mendapat johan peringkat kebangsaan kerana penglibatan komuniti yang sangat aktif sehingga

    Pusat Informasi telah dibina bagi tujuan kempen,penyebaran maklumat,pusat kegiatan murid-murid sekolah bersama JPS dalam usaha menerapkan ilmu dan juga rasa tanggungjawab terhadap menjaga sungai.

    Masalah – masalah besar yang dihadapi ialah pencerobohan rezab sungai dimana kerap kali penguatkuasaan dibuat namun masih belum dapat membenteras sepenuhnya. Gangsterism juga salah satu punca pencemaran sungai kerana terdapat beberapa lokasi pembuangan sampah haram yang dijaga oleh gangster bagi mengaut keuntungan secara haram. Antara lainnya adalah peruntukan menyelenggara sungai yang menelan belanja jutaan ringgit dalam memastikan kualiti air sungai dan juga rezabnya terjaga rapi serta bebas daripada pencerobohan.

    Selain daripada itu juga JPS memerlukan sokongan padu daripada semua agensi bagi membenteras kegiatan-kegiatan yang mampu mencemarkan sungai dan menceroboh rezab sungai. Penguatkuasaan yang effisien dan kerap mampu membenteras aktiviti – aktiviti haram di dalam rezab sungai.Sokongan daripada

    EXCO serta kerajaan negeri juga mampu mengubah cara pemikiran rakyat terhadap sungai dan dapat melahirkan jiwa cintakan sungai.

  2. Mohon nyatakan lokasi sungai-sungai yang terlibat dalam program pemuliharaan itu dan agensi yang bertanggungjawab.

    Lokasi sungai yang terlibat adalah Sungai Penchala sejak tahun 2007 hingga kini dan juga Sungai Klang sejak tahun 2015 sehinga kini. Sungai Penchala menunjukkan trend ke arah kualiti air tahap 3 dan jika kerajaan negeri meletakkan sedikit usaha mencegah,membanteras dan memulihara, objektif untuk mencapai kualiti air tahap 2 akan

    Agensi-agensi yang terlibat adalah :-

    1. JPS
    2. PBT ( MBSA,MBPJ,MPSJ )
    3. Pejabat Tanah Daerah Petaling,Gombak,Klang
    4. JAS
    5. Polis
    6. LUAS
    7. SPRM
  3. Berapa banyak perbelanjaan yang telah digunakan untuk program tersebut?

    Bagi Sungai Penchala perbelanjaan yang telah digunakan bagi memulihara dan menaiktaraf adalah sebanyak RM 8 Juta ( Peruntukan Persekutuan ) sepanjang program 1 Negeri 1 Sungai sejak tahun 2007 sehingga tahun 2015 manakala RM 1 Juta digunakan bagi tujuan penyelenggaraan GPT,rezab dan sebagainya dari tahun 2007 sehingga

    Sungai Klang pula siling RMK 11 sebanyak RM 34 Juta dimana RM 25 Juta akan digunakan bagi tujuan pembinaan log boom, GPT dan trash screen di dua daerah iaitu Daerah Petaling ( Sungai Klang,Sungai Penchala dan Sungai Damansara ) dan Daerah Klang ( Sungai Klang ). Status terkini adalah dalam proses rekabentuk oleh Juruperunding yang telah dilantik dengan kos sebanyak RM 1.4 Juta serta kerja-kerja ukur sedang dilaksanakan dengan kos sebanyak RM 500 ribu.Satu lagi projek yang sedang dilaksanakan adalah Projek Menaiktaraf Tebing Sungai Klang Dari PJS 1 Sehingga PJS 4 dengan kos RM 3.4 Juta menggunakan duit caruman parit.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.