Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

132) AIR SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini NRW (non revenue water) di Selangor

    Status terkini NRW di Selangor pada tahun 2016 adalah 31.7%, seperti berikut:

     

    BULAN

    KADAR

    NRW

    Januari 32.6%
    Februari 31.2%
    Mac 31.6%
    April 31.1%
    Mei 32.2%
    Purata 31.7%

     

  2. Nyatakan kerugian akibat kekerapan berlaku paip pecah di Tasek Permai (wilayah Gombak) tahun 2016, nama kontraktor, bayaran, lokasi dan masa

    Sepanjang tahun 2016, terdapat sebanyak 24 kes paip pecah di persekitaran Tasek Permai. Jumlah keseluruhan kos pembaikan yang terlibat adalah sebanyak RM70,629 seperti dalam Lampiran

    1. Air Selangor tidak dapat maklumkan butir-butir kontraktor kerana Air Selangor berpandangan bahawa penerbitan butiran tersebut akan memberi kesan kepada daya saing di antara
    2. Air Selangor akan melaksanakan projek penggantian paip air lama sepanjang 10 km di Tasek Permai bermula pada suku ke empat tahun 2016
  3. Apakah perancangan bagi mengatasi masalah ini

Lampiran

Tiada Lampiran.