Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

122) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pusat jagaan kanak-kanak yang telah didaftarkan serta mempunyai lesen/permit yang sah?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada rekod pendaftaran pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, setakat Jun 2016 terdapat sebanyak 313 buah pusat jagaan kanak-kanak telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]. Statistik bilangan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar di Selangor mengikut daerah sehingga Jun 2016 adalah seperti berikut:-

     

    BIL

     

    DAERAH

    BILANGAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK BERDAFTAR
     

    1.

     

    Petaling Jaya

     

    139

     

    2.

     

    Hulu Langat

     

    57

     

    3.

     

    Klang

     

    44

     

    4.

     

    Gombak

     

    36

     

    BIL

     

    DAERAH

    BILANGAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK BERDAFTAR
     

    5.

     

    Sepang

     

    14

     

    6.

     

    Hulu Selangor

     

    10

     

    7.

     

    Kuala Selangor

     

    6

     

    8.

     

    Kuala Langat

     

    4

     

    9.

     

    Sabak Bernam

     

    3

     

    JUMLAH

     

    313

    (Jawapan ini telah disediakan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor)

  2. Berapakah bilangan pusat jagaan mampu bayar ("Affordable Childcare Centre") yang akan dibina di Selangor?

    Menjadi hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk melihat lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak yang mampu bayar didirikan di kawasan perumahan mampu milik khususnya, agar dapat membantu golongan wanita yang bekerjaya meneruskan pekerjaan disamping memastikan penjagaan yang selamat dan sempurna terhadap anak-anak mereka di tempat asuhan.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang mengkaji garis panduan pembangunan sedia ada untuk memastikan perancangan penubuhan pusat jagaan kanak- kanak diperuntukkan secara khusus dalam garis panduan pembangunan agar lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak dapat diwujudkan di kawasan perumahan mampu milik dan kos rendah di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

  3. Di manakah Pusat Jagaan Mampu Bayar tersebut akan dibina?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.