Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

115) JAMINAN BEKALAN MAKANAN (FOOD SECURITY)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan oleh kerajaan Selangor memastikan ada jaminan bekalan makanan untuk rakyat Selangor?

    Kerajaan negeri sedang melaksanakan kajian dan sedang membuat blue print Pelan Induk Pembangunan Pertanian Negeri Selangor 2025. Dalam memastikan jaminan bekalan makanan untuk rakyat Selangor mencukupi, kerajaan Selangor telah pun membuat pengezonan kawasan pengeluaran makanan strategik di dalam Rancangan Struktur Negeri 2035. Sebagai contoh, kawasan tanaman padi dan taman kekal pengeluaran makanan (termasuk kawasan pembangunan industri ternakan dan akuakultur) dizonkan sebagai kawasan pengeluaran makanan strategik bagi memastikan tanah pertanian dan pengeluaran makanan tidak terjejas.

    Selain itu, Jabatan Pertanian membangunkan kawasan tanaman mengikut kluster tertentu seperti kawasan pembangunan kluster sayuran, kluster kontan dan kluster buah-buahan bagi memastikan pengeluaran makanan lebih terjamin.

  2. Bagaimana perlaksanaan tanaman padi yang memberi hasil bertambah berbanding sebelum itu?

    Buat masa ini, satu kajian meningkatkan kekerapan tanaman padi kepada 5 musim 2 tahun sedang dijalankan di kawasan Tanjong Karang. Selain daripada itu, Jabatan pertanian juga memfokuskan kepada pengurangan kos pengeluaran dan menurunkan kebergantungan terhadap racun kimia dengan menggalakkan penggunaan baja natural farming.

Lampiran

Tiada Lampiran.