Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
89) PROGRAM HIJRAH IBU TUNGGAL
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah ibu tunggal yang menyertai Program Hijrah pada tahun 2016 mengikut daerah.
Sehingga 15h Julai 2016, bilangan peserta ibu tunggal dikalangan peminjam Hijrah adalah seramai 1,787 orang. Berikut adalah data penyertaan ibu tunggal mengikut daerah:
Derah Bil Peserta Jumlah Pinjaman (RM) GOMBAK 204 939,000.00 HULU LANGAT 209 1,289,000.00 HULU SELANGOR 98 545,000.00 KLANG 172 671,000.00 KUALA LANGAT 115 672,000.00 KUALA SELANGOR 164 913,000.00 PETALING 389 1,869,000.00 SABAK BERNAM 166 736,000.00 SEPANG 270 1,803,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 1,787 9,437,000.00 Pihak Hijrah Selangor telah merancang Program Pengembangan Usahawan 2016 di bawah seliaan Bahagian Khidmat Profesional. Program ini mensasarkan dana sejumlah RM31 juta bagi membantu golongan sasar yang terdiri daripada belia, siswa, orang kelainan upaya (OKU) dan termasuklah ibu tunggal. Berdasarkan Perancangan Program Pengembangan Usahawan ini, seramai 2,800 ibu tunggal yang terpilih akan diberikan latihan kemahiran dan bantuan pinjaman dengan nilai peruntukan sebanyak RM15,400,000.00.
Sehingga kini, pihak Hijrah Selangor sedang menunggu peruntukan program ini disalurkan dan sekiranya dana ini diterima, pihak Hijrah Selangor akan segera melaksanakan program ini. Walaupun begitu, pihak Hijrah Selangor telah melaksanakan pemilihan jurulatih-jurulatih yang bertauliah (anchor company) bagi menjamin kejayaan program. Juga pilot project bagi kemahiran urutan (30 orang), jahitan (30 orang) dan kiosk ayam goreng (30 orang) sedang dijalankan bagi menilai keberkesanan latihan dan pemantauan oleh anchor company yang telah dipilih.
-
Nyatakan jumlah ibu tunggal yang telah keluar dari garis kemiskinan selepas mengikuti program ini.
Program Hijrah Selangor baru berumur 1 tahun 4 bulan. (tarikh pelancaran Hijrah Selangor pada Mac 2015), majoriti peserta-peserta Hijrah Selangor baru membuat satu kali pinjaman dan tempoh bayaran balik adalah dari 1 tahun hingga 3 tahun. Berdasarkan fakta ini, adalah dimaklumkan bahawa kajian keberkesanan keseluruhan program ini belum dapat dilaksanakan.