Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
85) INDUSTRI KECIL DAN SERDERHANA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pada tahun 2014/2015 , sila menyatakan Industri kecil dan serdehana (IKS) yang melabur dan menjalankan perniagaan di daerah Sepang?
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di daerah Sepang terdapat syarikat dan individu yang menjalankan perniagaan IKS yang berskala kecil dan besar.
- Pelaburan Syarikat Pengilangan IKS
Data yang telah diterima daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA) melalui Invest Selangor terdapat 4 projek pengilangan bagi tempoh 2014 hingga 2015 yang telah diluluskan di daerah Sepang dengan nilai pelaburan sebanyak RM967,251,468.00. Pelaburan ini telah membuka 508 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang mana terdiri daripada pelaburan asing dan tempatan.
- Usahawan IKS tempatan
Selain itu, terdapat perniagaan IKS yang dijalankan secara kecil- kecilan oleh penduduk setempat iaitu sebanyak 19 orang usahawan. Mereka telah menerima insentif bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor melalui Pejabat Tanah dan Daerah Sepang. Usahawan- usahawan ini merangkumi industri pembuatan makanan, kraftangan, pakaian dan perkhidmatan.
-
Sila memberi nama syarikat, lokasi Dan jenis pengusahaan yang dijalankan..
Perincian nama syarikat / usahawan, lokasi dan jenis pengusahaan yang dijalankan adalah seperti berikut:
Pelaburan Syarikat Pengilangan IKS
Lokasi
Projek
Peluang Pekerjaan
Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Modal Pelaburan (RM)
Sepang 3 307 262,990,481 117,260,987 380,251,468 Cyberjaya 1 201 0 587,000,000 587,000,000 Jumlah 4 508 262,990,481 704,260,987 967,251,468 (Sumber : Invest Selangor Berhad)
Usahawan IKS tempatan
Bil Nama Pemilik / Syarikat Lokasi Jenis Perniagaan 1. Ayathull Dhalayla Bt Mohd Jar Dengkil Makanan 2. Nor Azura Bt Pudzir Dengkil Makanan 3. Rony Bt Hassan Dengkil Makanan 4. Haida Bt Md Sap Sepang Pakaian 5. Tuah Cendana Enterprise Mohd (Faizal B. Kasmuri)
Sepang Perkhidmatan 6. Nourmi Bt Amir Hamzah Sepang Makanan 7. Omar B. Hussin Sepang Kraftangan 8. Abdullah B. Amat Apandi Sepang Makanan 9. Teng Siong Lai Sepang Makanan 10. Sps Suchitaa Enterprise (Citra A/P Sivaligam)
Sepang Pakaian 11. Intan Samsiah Bt Noordin Sepang Makanan 12. Sapiah Bt Khamis Labu Makanan 13. Damarulan B. Hassim Labu Kraftangan 14. Asmah Bt Kassim Labu Perkhidmatan 15. Salmah Bt Ghomari Labu Perkhidmatan 16. Mariam Bt Khamis Labu Perkhidmatan 17. Tursiah Bt Kardi Labu Perkhidmatan 18. Norhidayuwani Bt Kasim Labu Makanan 19. Yue Ying Trading (Yap Siew Chun)
Sepang Pakaian (Sumber : Pejabat Daerah/Tanah Sepang)