Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
82) CADANGAN PENUBUHAN AGENSI PEKERJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan agensi pekerjaan Negeri Selangor bagi menangani isu kumpulan pekerjaan Ô3DÕ (Dirty, Difficult & Dangerous) yang banyak diisi oleh pekerja asing, walaupun ramai anak negeri yang menganggur?
Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk menubuhkan agensi pekerjaan yang khusus bagi menangani isu kumpulan pekerjaan ‘3D’ (Dirty, Difficult & Dangerous). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa berkerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia dalam melaksanakan program-program yang menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur.
Antara program yang telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini ialah :
- Program Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair 2016) iaitu sebuah program yang memberi peluang untuk warga Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program yang dilaksanakan pada 28 Mei 2016 telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 10,000 orang dengan tawaran kekosongan jawatan sebanyak 5,818.
- Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia atau Youth Enhancement Strategy Selangor (YES) yang memberi fokus kepada belia yang tidak mempunyai akademik cemerlang untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran dan kelayakan dalam bidang-bidang tertentu bagi memenuhi keperluan Program ini membolehkan anak muda mendapat pekerjaan terus di industri selepas tamat latihan di SHRDC.
-
Statistik pengambilan pekerja asing di Selangor mengikut sektor (2011Ð2015)?
Berdasarkan maklumat daripada Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, statistik pengambilan pekerja asing di Selangor mengikut sektor tahun 2011 – 2015 adalah berjumlah 1,097,191 Berikut adalah jumlah pekerja asing mengikut sektor bagi tempoh 2011 – 2015:
SEKTOR JUMLAH PEKERJA ASING (2011-2015)
Pembantu Rumah 50,529 Pembinaan 188,532 Pembuatan 289,934 Perkhidmatan 160,517 Perkilangan 129,369 Perladangan 100,055 Pertanian 178,255 JUMLAH 1,097,191 Sumber : Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor