Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
81) MIMALAND (MALAYSIA IN MINIATURE LAND)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sebab Mimaland yang dulu terletak di Ulu Gombak ditutup pada tahun 1994?
Berdasarkan rekod hakmilik, tanah bagi tapak MIMALAND telah didaftarkan atas nama Mimaland Berhad. Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) tidak terlibat secara langsung ke atas sebarang pembangunan di atas tanah milik. Oleh yang demikian, PDTG tidak mempunyai sebarang rekod bagi sebab mengapa Mimaland ditutup pada tahun 1994. Semakan juga telah dibuat dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkenaan perkara tersebut. Walaubagaimanapun MPS juga tidak dapat memberikan sebab-sebab penutupan Mimaland kerana dahulunya ianya terletak di bawah Majlis Daerah Gombak.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai apa-apa rancangan untuk membangunkan semula tanah di mana Mimaland terletak dahulu?
Sebarang cadangan pembangunan ke atas suatu tapak perlu mempunyai kelulusan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) akan terlibat bagi memberikan ulasan ke atas status tanah bagi kawasan yang dicadangkan. Sehubungan itu, berdasarkan rekod di PDTG setakat ini tiada sebarang permohonan diterima bagi mendapatkan ulasan ke atas Kebenaran Merancang bagi pembangunan semula Mimaland.