Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
74) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon menyatakan lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik di Selangor yang dinilai dalam tempoh 5 tahun terdahulu.
Penilaian dilaksanakan oleh pasukan Panel Penilai melalui Sistem Penggredan (Star Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang membuat lawatan ke PBT mengikut jadual yang dipersetujui bersama PBT. Pada asasnya penggredan akan dilakukan setiap 2 tahun sekali. Justeru, berikut disenaraikan lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik di Selangor yang dinilai dalam tempoh 5 tahun terdahulu (2011-2015):-
Bil.
2011
2013
1. Majlis Perbandaran Subang Jaya Majlis Perbandaran Subang Jaya 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3. Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang 4. Majlis Bandaraya Shah Alam Majlis Perbandaran Ampang Jaya 5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya Majlis Perbandaran Selayang ** Perincian adalah seperti di Lampiran 1
Walaubagaimanapun, laporan bagi Sistem Penggredan (Star Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) tahun 2015 masih di peringkat embargo dan akan dimaklumkan selepas dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SSR-PBT di KPKT untuk dimuktamadkan.
-
Apakah kaedah menentukan pencapaian terbaik sesebuah PBT?
Kaedah menentukan pencapaian terbaik sesebuah PBT adalah melalui Pelaksanaan Sistem Penggredan (Star Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SSR- PBT) oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diwujudkan bagi menilai tahap prestasi PBT sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Melalui sistem ini, semua PBT dijangka akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien dan berkualiti.
Panel Penilai yang diterajui oleh Bahagian Inspektorat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuat lawatan ke PBT mengikut jadual yang dipersetujui bersama PBT. Pada asasnya penggredan akan dilakukan setiap 2 tahun sekali.
Walaubagaimanapun, penggredan semula boleh dilakukan pada tahun berikutnya (1 tahun) ke atas PBT yang memperolehi taraf antara 1 hingga 2 bintang bagi memberi peluang kepada PBT tersebut melakukan penambahbaikan dalam tempoh tersebut agar taraf bintang itu dapat dipertingkatkan. Bagi PBT yang memperolehi antara 3 hingga 4 bintang, mereka akan dinilai berdasarkan kepada permintaanseawal-awal 6 bulan selepas penggredan dilakukan. Bagi pemegang taraf 5 bintang,mereka dibenarkan memegang taraf tersebut selama 2 tahun dan selepas itu tertakluk kepada penilaian semula.
Bagi PBT yang memperolehi 2 bintang ke bawah, pemantauan dan bimbingan berterusan akan diberikan bagi membantu PBT tersebut membaiki dan mempertingkatkan prestasi untuk memenuhi keperluan kriteria dan indicator SSR- PBT. Bagi PBT yang memperoleh taraf bintang yang paling baik iaitu 5 bintang, pihak Kementerian akan menimbangkan beberapa bentuk ganjaran supaya PBT ini dapat meneruskan kesinambungan prestasi yang cemerlang itu pada masa akan datang.
Lampiran A
ASAL :
2. Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (Jawatankuasa Tetap Pengguna) 9. Bazar Ramadhan Ijok (MDKL).
BAHARU :
2. Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (Jawatankuasa Tetap Pengguna) 9. Bazar Ramadhan Ijok (MDKS).
-
Siapakah yang perlu bertanggungjawab jika sesebuah PBT gagal melaksanakan sesuatu tanggungjawab, peraturan atau kerja?