Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

65) BAS SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa laluan tambahan terbaru dan di daerah mana?

    Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016, sebelas (11) laluan telah diperkenalkan dengan 34 buah Bas Smart Selangor digunakan di semua daerah kecuali Petaling Jaya. Jumlah tersebut turut meliputi lapan (8) laluan baru di Ampang Jaya, Kajang, Sepang, Kuala Langat, Selayang, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor serta tambahan sebuah bas bagi penambahbaikan laluan di Klang, bermula pada tahun ini.

  2. Berapa buah bas keseluruhan yang digunakan setakat hari in

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Berapa kos pembelian keseluruhan bagi setiap unit bas termasuk bagi bas laluan terkini?

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM12,317,278.64 bagi kos penyediaan keseluruhan 34 buah Bas Smart Selangor yang bermula pada 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016. Kos ini adalah meliputi kos sewaan, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus (6%). Kos sewaan seunit pula adalah sebanyak RM800 sehari termasuk kos penyelenggaraan dan urusan pengoperasian bas tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.