Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

61) PROGRAM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pengantin yang telah memperolehi Insentif Perkahwinan Belia mengikut pecahan kaum sejak tahun 2013.

    Bagi soalan Program Insentif Perkahwinan Belia, saya akan menjawab bersekalidengan soalan yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat Hulu Klang, Seri Andalas,Kuala Kubu Baharu dan Selat Klang.Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Insentif Perkahwinan Belia di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bertujuan untuk menjadikan
    program ini selari dengan matlamat Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli. Seterusnya, program ini juga merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam mensejahterakan rumahtangga dan keluarga di Negeri Selangor di samping sebagai insentif kepada golongan belia di Negeri Selangor yang baru mendirikan rumahtangga. Jumlah penerima insentif perkahwinan belia sejak diwujudkan bermula pada tahun
    2013 adalah seperti jadual di bawah :-

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula cara penyaluran insentif supaya pengantin boleh menerima insentif tersebut dalam masa sebulan selepas menghantar permohonan?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.