Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

51) KEPERLUAN DIALISIS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penyakit di Negeri Selangor yang memerlukan dialisis? Sila beri butiran mengikut daerah.

    Jumlah pesakit Dialisis yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan adalah seramai 424 orang. Jumlah ini tidak termasuk jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta. Bagi pusat rawatan swasta, sebanyak 127 pusat Dialisis berlesen dan mempunyai 980 mesin dialisis. Jadual 1 menunjukkan bilangan pusat rawatan Dialisis swasta mengikut daerah :

    DAERAH BILANGAN PUSAT RAWATAN DIALISIS
    PETALING 68
    GOMBAK 23
    HULU LANGAT 34
    KLANG 22
    HULU SELANGOR 5
    DAERAH BILANGAN PUSAT RAWATAN DIALISIS
    KUALA LANGAT 6
    KUALA SELANGOR 5
    SEPANG 6
    SABAK BERNAM 3
    JUMLAH 127

    Jadual 1 : Bilangan Pusat Rawatan Dialisis mengikut Daerah

  2. Sila nyatakan di manakah mereka mendapat perkhidmatan dialisis.

    Pesakit Dialisis boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan Dialisis di Hospital Kerajaan dan Pusat Dialisis swasta. Terdapat 7 buah Hospital yang mempunyai mesin Dialisis iaitu seperti Jadual 2.

    HOSPITAL BILANGAN MESIN DIALISIS
    Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 30
    Hospital Shah Alam 20
    Hospital Selayang 38
    Hospital Serdang 37
    Hospital Ampang 25
    Hospital Kajang 22
    Hospital Banting 14
    JUMLAH 186

    Jadual 2: Jumlah Mesin Dialisis di Hospital Kerajaan

     

  3. Adakah kerajaan negeri ada perancangan untuk membantu golongan ini?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mempunyai Program Bantuan Kesihatan Selangor di mana sebahagian besar daripada perutukan yang disediakan bagi program ini disalurkan kepada pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Bagi tahun 2016 sehingga 22 Julai 2016, sebanyak 452 permohonan telah diluluskan berjumlah RM 1,349,045.10 bagi membiayai rawatan Dialisis. Pertambahan jumlah penerima dan peruntukan berbanding tahun 2014 dan 2015 adalah seperti di Jadual 2.

                     TAHUN PERUNTUKAN (RM) BIL LULUS
                        2014 253,727.30 122
                        2015 854,479.00 250
            JAN – JULAI 2016 1,290,045.10 420

    Jadual 2 : Jumlah kelulusan rawatan Dialisis mengikut tahun.

    Kerajaan Negeri telah melantik sebanyak 20 buah Panel Dialisis yang akan memberi rawatan kepada pesakit yang mendapat Bantuan Kesihatan Selangor dan akan menambah sebanyak 80 buah Panel Dialisis lagi bagi menjayakan Program ini. Hanya Panel Dialisis yang dilantik sahaja akan menerima Bantuan Kesihatan Selangor. Panel Dialisis ini melibatkan hampir 90% pusat rawatan Dialisis swasta yang terdapat di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.