Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
43) RIZAB AIR TERAWAT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rizab air terawat yang mampu dihasilkan kini?
Berdasarkan purata pengeluaran harian bulan Jun 2016, iaitu 4,813.51MLD dan dibandingkan dengan kapasiti boleh agih semasa, iaitu 5027MLD, rizab bekalan air terawat semasa adalah 25%.
-
Apakah jumlah ini mencukupi mengikut piawaian?
Jumlah ini masih kurang daripada rizab air terawat yang diperlukan iaitu 15% mengikut sasaran/KPI yang ditetapkan oleh SPAN.
-
Apakah langkah bagi memastikan bekalan air mencukupi terutama di waktu puncak?
Pada masa ini beberapa tindakan yang diambil untuk memastikan bekalan air mencukupi adalah seperti berikut:-
- Mengguna pakai rizab bekalan air Projek Mitigasi 2.
ii) Memaksimumkan pengeluaran Loji-loji rawatan air.
iii)Melaksanakan pemantauan rapi terhadap paras kolam air dan jajaran paip air.
- Mengguna pakai rizab bekalan air Projek Mitigasi 2.